APA LAK BULAN OGOS. NAK KENA BELI KE ? TARIK SEKARANG LA KALAU GENTLEMAN

 

Jangan bersilat pulut, kalau sah tarik diri, Ogos ‘kita keluar ramai-ramai’, cadang Tok Mat

KUALA LUMPUR: Umno harus menyahut desakan perwakilan untuk parti itu keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional pada Ogos, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.

“Jika kita dah setuju nak tarik diri pada Ogos, jadi tarik diri bulan itu.

“Jangan main silat pulut. Ogos kita keluar ramai-ramai dari kerajaan,” katanya semasa menggulung perbahasan di Perhimpunan Agung Umno 2020.

Beliau berkata Umno tidak harus dilihat berdolak-dalik selepas ia dipersetujui perwakilan.

“Jangan acah-acah je,” tambahnya.




No comments: