SIASAT JANGAN TAK SIASAT...MENTERI AGAMA PUN ADA.BANYAK KALI DAH DIA TAK IKUT SOP...MENTERI NIKAH KAWIN TU...

 

SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini

Hafizi Rosli
SOP COVID-19: Polis siasat majlis pernikahan Neelofa, penganjur dipanggil petang ini
Gambar majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz tular di media sosial didakwa tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tiada penjarakan fizikal - Sumber foto: Pembaca Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur serta pihak hotel bagi majlis pernikahan selebriti, Neelofa, 32 dengan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Kami menerima laporan berhubung isu ketidakpatuhan kepada SOP, jadi kami sudah membuka kertas siasatan pada semalam (Sabtu).
"Dijangka petang ini pihak penganjur majlis dan pihak hotel akan datang untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Perkahwinan Neelofa | Didakwa tidak patuh SOP, polis buka kertas siasatan
Mohamad Zainal berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan memanggil pengantin dan tetamu untuk membantu siasatan.
"Ada kemungkinan kita akan panggil mereka jika ada keperluan, tapi buat masa sekarang kita akan panggil penganjur dan pihak hotel yang sediakan premis untuk majlis itu berlangsung," katanya.
Dalam pada itu, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menerusi laman Twitter beliau dengan meluah rasa sedih atas situasi gambar itu.
"Sangat sedih melihat ini. SOP dirangka mempunyai sebab tersendiri. Saya berharap agar tiada kluster baharu wujud daripada majlis perkahwinan ini," katanya menerusi ciapan di Twitter.
Neelofa and PU Riz were legally married at 11.43am at a leading hotel in the capital on Saturday.
Since yesterday, virtual citizens questioned the wedding ceremony which allegedly did not comply with the SOP, which is that there was no physical imprisonment during the marriage contract process.
Entertainment | Neelofa is now the wife of PU Riz

No comments: