KAH...PAS JANGAN ANGKUH DAN BUAT BUAT LUPA


HAMDAN TAHA

Marah pemuda Pas ni kepada Ketua Pemuda umno dan dia keluar ayat bahawa ada pemimpin umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM dan itu tindakan tidak wajar kononnya lahhh.   Suka saya nak ingatkan Pas bahawa mereka sokong Anwar Ibrahim jadi PM ni pada tahun 1999,2004 2008 2013.....apakah Pemuda Pas lupa pada sejarah....atau mereka sama macam ayahenda presiden mereka suka lupa apa yang pernah di ucapkan....


TULISAN DARI SEORANG PENYOKONG

Salam bang asalamualaikum, nak menulis sedikit....

Saya lahir dalam keluarga umno dan membesar pun dalam persekitaran politik umno. Saya biasa hadir dalam mesyuarat umno cawangan dan bahagian. Pernah juga mempengerusi mesyuarat agung umno cawangan.

 

Bila masuk u saya mula terdedah dengan parti-parti politik yang lain. Hati saya mula tertarik kepada pas. Saya juga mula hadir program-program Pas dalam u. Bila mula bekerja saya terus tertarik dengan Pas...dan merasakan akan aktif dengan Pas bila telah meninggalkan perkhidmatan nanti.

 

Tetapi...mulai Pas menjadi pemerintah dengan bergabung dalam kerajaan pn, hati saya mula di hiris sedikit demi sedikit. Mula timbul banyak pertanyaan dan otak juga berfikir dengan segala tingkah laku pemimpin Pas,

dan hari ini, saya mula menganggap pemimpin politik sama sahaja. Bagus atau tidak pemimpin politik itu bukan ditentukan oleh parti yang di anggotai, tapi diri pemimpin itu sendiri.....sekian.

 

(Ini tulisan seorang sahabat saya,orangnya masih bertugas dan berjawatan tinggi,beliau hantar ke saya luahan dia. Bagi dia dan saya juga bersempedapat dalam bab ini. Rakyat mula meragui keikhlasan pemimpin politik sekarang,rakyat dah dapat bezakan kerana semua parti telah pernah jadi kerajaan dan pembangkang,maka rakyat boleh menilai 100 peratus. Semasa pembangkang dan selepas jadi kerajaan)




Amaran Pemuda PAS pada Umno: Usah biadab depan ayahanda kami




No comments: