Budak Pejabat Agung Pas back up Bersatu, bedal Umno


Budak Pejabat Agung Pas back up Bersatu, bedal Umno


Mereka ada 2 pilihan sahaja, A atau B.

Pilihan A.
Kalau mereka benar2 ikhlas memikirkan penyatuan ummah Melayu Islam, mereka pasti akan berlapang dada menerima wujudnya PN ini. PN ni terwujud pada waktu itu utk menggantikan kerajaan PH yg runtuh oleh tangan2 PH sndiri bila PM letak jawatan dn kabinet kerajaan PH pun terbubar dgn sendiri. Kalau harap kerusi PAS+UMNO sahaja pada waktu itu, tidak cukup kita untuk membentuk kerajaan. Maka beberapa Ahli Parlimen PH berhijrah ke arah yang lebih baik, menyokong PN dengan meninggalkan DAP-PH itu, termasuk beberapa. MP2 drpd Sabah dn Sarawak. Itu cerita pada waktu itu yg saja saya flashback semula, kot2 terlupa. Setiap parti yg terlibat dalam pembentukan Kerajaan PN ini ada peranan dan saham besarnya masing2 yang tidak boleh sama sekali kita nafikan peranan2 tersebut. Baik UMNO, PAS mahupun Bersatu.

Maka bagi mendepani PRU15 yang akan datang, semua parti yg terlibat dalam pembentukan Kerajaan PN ini mahu tidak mahu perlu duduk berbincang mengenai pembahagian kerusi. Katakanlah nak bertanding 100 ka, 120 ka, 160 ka, maka perlu dibahagi2kan kerusi itu ikut keputusan perbincangan itu tadi. Setiap parti perlu akur dn berlapang dada dgn keputusan itu nnt, tidak kiralah samada perbincangan antara parti2 politik, ataupun perbincangan antara gabungan parti2 politik (BN dn PN serta gabungan parti politik Sabah dn Sarawak). Janji kita nak fight one by one dgn DAP-PH di setiap kerusi parlimen yang ditandingi. Pilihan A ini jika masih fikir peri pentingnya perpaduan & penyatuan ummah yg bukan menjadi hak eksklusif mana2 parti pun. Elok buat sistem 2 parti dlm PRU akan datang bagi mengelakkan perpecahan umat dn perpecahan undi seperti PRU14 lepas.

Pilihan B.
Jika parti tersebut hanya berfikir survival partinya sahaja tanpa memikirkan hal pentingnya penyatuan ummah, ia boleh memilih jajaran baru sebagaimana yang pernah disebut2 oleh mereka sendiri sebelum ini. Jajaran baru ini pernah dicuba utk dilaksanakan di Perak, namun ia X dapat dilaksanakan sebab pemimpin parti itu di peringkat negeri Perak pun tidak bersetuju dengan cadangan jajaran baru tersebut. Lalu berputih matalah DAP-PH utk kembali masuk ke dalam Kerajaan Perak.
Parti itu boleh bertanding seberapa banyak kerusi pun tanpa perlu berbincang dgn parti2 yg menyebabkan tertubuhnya Kerajaan PN spt yg saya cerita awal tadi. Ia hanya perlu berbincang dgn parti2 jajaran baru iaitu DAP dn PKR. Persoalan saya ada 2 jika parti itu buat pilihan B ini.
1) Adakah parti itu yakin yg ia boleh menang semua kerusi yg ditandingi jika memilih jajaran baru?
2) Kalau parti itu boleh menang 50-60 kerusi sekali pun, adakah parti itu yakin ia boleh jadi dominan dan induk (bukan terduduk) dalam jajaran baru berkenaan? Atau terpaksa ikut cakap DAP+BangNon nanti?

Jajaran baru ini pada pandangan saya akan menyebabkan parti berkenaan bakal menghadapi fitnah yang besar & dahsyat. Agama bangsa dn tanahair/ Abata yg diperjuangkan selama ini akan hilang ditelan jajaran baru. Ahli2 teramai yang masih sayangkan penyatuan ummah ini akan berbondong2 keluar kerana tidak bersetuju dgn jajaran baru ini. Rakyat memerhati dan menilai. Penilaian rakyat itulah yg terbaik.

Ini ramalan saya jer yang boleh diterima ataupun ditolak. Tiada masalah. Agree to disagree. Kita boleh berbeza pandangan dn pendapat. Yang pentingnya ialah bagaimana kita boleh menguruskan perbezaan pandangan itu. Saya berharap tulisan saya ini tidak membawa masalah. Ni teori saya sahaja.

Sekian.

Shahir Abu Hassan
Budak Pejabat Agung Pas




No comments: