Menteri nikah kahwin dalam filem Musang Berjanggut

 


Menteri nikah kahwin dalam filem Musang Berjanggut


Pada tahun 1959, seniman Agung P.Ramlee mengarah sebuah filem berjudul ‘Musang Berjanggut’

Filem terbitan Runme Shaw menampilkan P.Ramlee sebagai Tun Nila Utama dan Saadiah sebagai Puspa wangi.

Apa yang mempesonakan ialah kepintaran Puspa Wangi berpayung dalam hutan untuk mengelak ranting jatuh, menghindari binatang berbisa selain ketekunannya mengasing rempah ratus Tun Nila Utama.

Mesej yang ingin dihantar oleh P.Ramlee jauh lebih besar dari mesej miang-miang keladi, semakin tua semakin menjadi.

Ia memaparkan kerendahan moral, kebobrokan akhlak dan ketololan kabinet Sultan Alam Shahbana bersama Datuk Bendahara Paduka Raja, Datuk Bentara Mangkabumi dan Datuk Pujangga.

Lebih menggelikan hati ialah watak ulama jahat (su’) iaitu Datuk Nikah Kahwin yang berjubah serta berjanggut.


Mereka adalah gambaran loyalists yang kita kenal hari ini sebagai minions (Pak Turut).

P.Ramlee berjaya meletakkan Datuk Nikah Kahwin sebagai menteri paling korup dan rendah akhlaknya.

Terima kasih P.Ramlee.

 






No comments: