DUA CABANG DARI PAHANG LULUSKAN USUL MENOLAK KERJASAMA DENGAN TUN DR MAHATHIR DI DALAM MATC HARI INI

 


Hari ini, dua Cabang Keadilan dari Pahang telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) masing2.

Cabang Kuantan telah mengadakan MATC di sebelah petang, begitu juga dengan Cabang Temerloh. Di dalam mesyuarat tersebut satu usul telah dibawa oleh ahli parti iaitu usul mendesak Parti Keadilan Rakyat menolak sebarang kerjasama politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul dari kedua2 Cabang ini telah diluluskan sebulat suara tanpa bahas. Mereka juga mendesak agar Keadilan membawakan cadangan ini ke peringkat PH agar PH juga bertindak memutuskan sebarang kerjasama dengan bekas PM dua kali itu.

Terdapat 12 lagi Cabang di Pahang yang masih belum mengadakan MATC dan saya yakin 100% Cabang di Pahang akan mengambil pendirian yang sama. Pada 04 April ini, lebih banyak Cabang akan mengadakan MATC serentak.

Tahniah kepada Cabang Kuantan yang dipimpin oleh Tuan Hj

Fakhrul Anuar Zulkawi

dan Cabang Temerloh oleh Sdr Zulfikar. Terima kasih kepada pembawa usul.

WFAUZDIN NS

 

May be an image of text that says "Selamat Bermesyuarat MATC KEADILAN |0| Jangan Lupa!! X Bawa usul desak KEADILAN tolak kerjasama dengan Mahathir!!"