NGO dakwa kerajaan PN silap langkah punca lonjakan kes Covid-19

 


NGO dakwa kerajaan PN silap langkah punca lonjakan kes Covid-19

Kerajaan Perikatan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan silap langkah yang menyebabkan peningkatan mendadak kes Covid-19 sebelum pengisytiharan darurat, kata NGO hak asasi manusia antarabangsa.

Timbalan Pengarah Human Rights Watch (HRW) Asia, Phil Robertson berkata kegagalan kerajaan Malaysia dalam soal kesihatan pekerja asing adalah antara sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang.

“Kerajaan Malaysia melakukan kesalahan awal, anda tahu. Asalnya, kerajaan mendorong pekerja migran (supaya tampil) untuk diuji, menyedari bahawa virus itu tidak peduli jika mereka warganegara asing atau rakyat Malaysia.

“Sebaliknya, kerajaan mengubah (langkah) dan menahan pekerja migran tanpa dokumen. Dengan melakukan itu, pada dasarnya ia seakan menyuruh pekerja migran untuk lari ketika mereka melihat pegawai Malaysia datang.

“Ini pada dasarnya merosakkan kesihatan awam dengan membuat orang takut ditangkap,” katanya pada sidang media maya pelancaran laporan HRW’s World Report 2021 di Bangkok petang ini.

Robertson berkata langkah sedemikan sepatutnya dihindari di tengah-tengah wabak penyakit.

“Apa yang kita mahu adalah mengutamakan kesihatan awam.

“Saya rasa kegagalan kerajaan Malaysia, terutama berkaitan dengan kesihatan pekerja migran, adalah salah satu sebab mengapa negara ini berada dalam keadaan yang begitu teruk sekarang,” katanya.

Robertson juga ditanya adakah kerajaan Malaysia memperlakukan pekerja migran lebih baik berbanding tahun lalu ketika serbuan terhadap mereka dilakukan di tengah wabak Covid-19.

“Kami tidak melihat pembaikan yang ketara dalam hal pekerja asing daripada kerajaan Malaysia,” katanya.

Robertson berkata pengisytiharan darurat yang merangkumi penggantungan parlimen merupakan pelanggaran hak.

“Kegagalan melindungi hak pekerja migran, seakan-akan berkembang dengan pelanggaran hak yang lebih luas. Ini sangat mengecewakan,” katanya.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

KEPAKARAN MENANGGUH TERLETAK PADA HADI

W.Fauzdin  Memang kepakaran Hadi tangguh menangguh ni.  Perkara agama seperti hudud dan RUU 355 itu pun selamba je dia tangguh, setakat deng...