Ipohmali
Apa yang berlaku hari ini mengingatkan aku kepada kenyataan Majlis Raja Raja yang menolak Dharurat.. Biarpun kenyataan ini datang dari kenyataan rasmi Majlis Raja Raja, Disini aku melihat apa yang ditulis adalah dari kebijaksanaan yang sering kita dengar dari Titah Sultan Perak, Sultan nazrin Shah yakni Sultan yang bijak sana…
Dharurat hari ini bukan lah Mageran, Tidak sama dengan Dharurat di era kita menghadapi ancaman komunis.. tidak sama sekali.. Tetapi boleh dikatakan Dharurat Politik dan Ekonomi.. Ia akan memusatkan kuasa kepada PM yang telah hilang sokongan untuk cengkamannya keatas Politik dan Kewangan Negara tanpa perlu semak imbang Parlimen..
Tetapi sebagaimana Titah Sultan Nazrin yang bijaksana( Majlis Raja Raja).. 2 Implikasi besar yang bakal dihadapi kita bukan main main, Implikasi cukup besar kepada Ekonomi rakyat, Maknanya pandangan Sultan Nazrin Shah cukup tajam seawal oktober..
dan antara Ingatan tindakan Dharurat ini Akhirnya menjejaskan Pekerjaan dan Pengangguran yang besar nanti… 2 Perkara ini disentuh Majlis Raja Raja..Pertama Implikasi Ekonomi dan politik..
1- IMPLIKASI EKONOMI KEPADA NEGARA DAN RAKYAT
Apa kata Majlis Raja raja(Sultan Nazrin Shah) Oktober yang lalu ?
” Berpandukan prinsip raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, di samping memahami keseriusan implikasi daripada permohonan tersebut terhadap imej negara, pandangan dunia antarabangsa, keyakinan para pelabur dari luar dan dalam negara serta aspek kemakmuran negara dan kehidupan rakyat jelata, baginda dengan kearifan dan bijaksana berpendirian amat penting untuk perkara tersebut dibincangkan secara bersama dengan Raja-raja Pemerintah… “
Memang benar, Tindakan Dharurat yang dibimbangi bukan Soal Politik, Tetapi Imlikasi Ekonomi.. keyakinan Pelabur, dan Akhirnya banyak Syarikat Besar akan ditutup menyebabkan Rakyat menderita kehilangan Pekerjaan…
2- IMPLIKASI POLITIK DAN SALAHGUNA KUASA..
Apalagi Titah Majlis Raja raja(Sultan Nazrin Shah) berkenaan Politik ?
” Raja-raja berpendirian pentingnya dihormati mekanisme semak dan imbang antara pelbagai cabang kerajaan dan peranan Seri Paduka Baginda untuk mengimbangkan pelbagai tuntutan demi menjamin berlakunya keadilan dan MEMBATASI sebarang unsur penyalahgunaan kuasa…”
Perkataan MEMBATASI itu satu satunya yang diletakkan perkataan bewarna merah, yakni sebagai Ingatan dan Amaran…
Bila Membaca Titah majlis Raja Raja pada Oktober lepas, Jelas seakan Titah Sultan Nazrin Shah di Istana Kuala Kangsar dihadapan pemimpin UMNO yang menjatuh kah MB Peja di Perak baru baru ini..
Apakah Titah Sultan Nazrin ?
“Dia (Pemimpin) Tidak Perlu menawarkan Sogokan… Atau Imbuhan.. Untuk Mendapat Sokongan.. Yang Belum Terjamin.. Berkembar dengan Kesetiaan…
Begitu Juga Dia tidak perlu melakukan Ugutan atau Ancaman.. Untuk Membina kekuatan diri.. kerana Kekuatan Yang diperoleh secara Demikian.. Teramat rapuh Sifatnya… “
3- BELAJAR DARI PENGAKHIRAN POLITIK TUN RAZAK..
Jadi bagi mereka yang kononnya akan selesa dengan tindakan Dharurat ini… Maka Ingatlah, Perancangan Allah itu mahabijaksana… Buat lah apapun rencana, Perancangan Allah itu jauh lebih baik..
Nampaknya peristiwa peristiwa yang berlaku masih belum menginsafkan Mereka.. Belajarlah dari pengakhiran Politik Tun Razak yang bijak merencana gabungan dalam Politik termasuk dgn PAS pada ketika itu, Peristiwa Dharurat dalam Mempertahankan Kuasa… Sebijakmana kamu.. Ketentuan Allah itu akhirnya yang terbaik…
وَ مَکَرُوۡا وَ مَکَرَ اللّٰہُ ؕ وَ اللّٰہُ خَیۡرُ الۡمٰکِرِیۡنَ…
” Dan mereka membuat tipu daya, maka Allah pun membalas tipu daya..Dan Allah jua sebaik-baik pembalas tipu daya.. “
Semoga Doa Almarhum Tok Guru Nik Aziz bagi perampas kuasa dimakbulkan Allah.. Amin ya Rabbal A’alamin..