Tidak ramai yang bersetuju dengan langkah diambil Muhyiddin
untuk mempertahankan kedudukannya dengan memohon perkenan Agong isytiharkan
darurat. Apapun darurat telah diisytiharkan dalam keadaan dipertikaikan.
Darurat ini bolehlah disifatkan sebagai wad ICU kepada Muhyiddin
dan kerajaan PN. Biasanya orang dalam ICU diberikan bantuan pernafasan.
Selama-mana sangat beliau mampu bergantung kepada bantuan penafasan itu?
Sebulan, dua bulan?
Kerana keberadaan bantuan pernafasan itu terhad dan kemudahan
katil ICU juga terhad, bukan Muhyiddin sahaja yang memerlukannya, orang lain
juga perlu dilayan sama-rata. Pihak Hospital akhirnya terpaksa juga mencabut
segala wayer bantuan pernafasan itu dan membiarkan Muhyiddin bernafas sendiri.
Atau pun doktor yang memantau Muhyiddin juga akan memerhati
apakah tubuhnya masih boleh menerima bantuan itu atau pun tubuhnya sudah lemah
dan segala bantuan itu akan ditolak. Keadaan itu juga akhirnya menyebabkan
Muhyiddin akan dibawa keluar dari wad ICU itu.
Kita diluar ini yang tidak ada kepakaran dan apa apa kesempatan
jika sayangkan kepada Muhyiddin berdoa sahaja agar dia selamat. Trims.
MOHD SAYUTI OMAR