Gara-gara komen di media sosial Menteri Kewangan, CEO syarikat ini ‘diserang’ cybertrooper

 


Gara-gara komen di media sosial Menteri Kewangan, CEO syarikat ini ‘diserang’ cybertrooper

Bukan sahaja bakal menerima pandangan yang berbeza daripada mereka, namun ada ketikanya mereka yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri ini akan menerima kecaman atau lebih teruk lagi diserang oleh netizen atau dalam sesetengah kes akan diserang oleh cybertrooper.

 Seperti yang berlaku kepada CEO sebuah syarikat ini, Sven Schneider yang mengumumkan salam perkenalannya dengan satu akaun Facebook dipercayai cybertrooper yang memberikan kata-kata makian terhadapnya.

Serangan berbentuk kata-kata makian itu difahamkan diterima beliau selepas memberikan komen di hantaran media sosial LinkedIn menteri kewangan Malaysia baru-baru ini.

Cybertrooper dalam Bahasa Malaysia adalah lasykar siber dan merujuk kepada inidividu atau kumpulan yang bekerja untuk memberikan pendapat mereka di media sosial untuk menerangkan dan juga mempertahankan sesuatu isu.

CEO berkenaan sebelum ini menjadi perhatian di media sosial selepas memberikan komen berkait pelaburan dalam negara Malaysia selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul membuat satu hantaran mengenai pencapaian dan keyakinan pelabur untuk melabur di negara ini.

Gara-gara komen yang diberikannya di hantaran berkenaan, beliau difahamkan menerima kata-kata seperti ‘celaka punya kafir’ di hantaran berbeza di Facebook.

Menyedari dia mula diserang ‘cybertrooper’ berkenaan, beliau kemudiannya berkongsikan perkara tersebut ke Twitter.

Menerusi balasan (replies) yang dibuat di akaun Twitter-nya, sebahagian besar netizen dilihat memberikan kata-kata semangan buatnya dan menjelaskan perkara berkenaan adalah sesuatu yang biasa di negara ini jika anda mempunyai perbezaan pendapat.

“Selamat datang ke Malaysia, Sven. Tempat kelahiran asal cybertroopers,” seloroh seorang netizen.

“Jika anda mempunyai cybertrooper yang mencari anda, mungkin anda sedang melakukan perkara yang betul,” tambah seorang
lagi netizen.




No comments: