JANGAN HINA ORANG MISKIN JIKA KAPITALIS DIBELA



Unkon





Untuk berlaku adil, Tun ada cakap yang kerajaan komited bantu orang miskin. Dan orang miskin kena sambut peluang yang kerajaan bagi untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Tapi macam tak betul je nak kata orang jadi miskin kerana tak produktif.

Pernah fikir tak tiba-tiba ada anak sakit? Orang tua sakit? Kemalangan? Penyakit? Hilang kerja? Hilang ketua rumah tangga? Banyak kes yang orang kita miskin kerana tersepit secara mendadak. Bila kerajaan buat GST, berapa banyak kedai tutup. Bila kerajaan tukar SST, sekat subsidi berapa ramai nelayan & petani yang terjejas. Upah mereka dah la kecil, kena jual hasil murah-murah, subsidi dipotong lepas tu nak cakap orang miskin tak produktif???

Yang sampai potong elaun kritikal RM700 dari penjawat awam lepas tu beli kereta vellfire, itu produktif ke?

Pasal Dego Ride. Bila Vincent Tan dah beli saham Dego Ride tiba-tiba dah boleh beroperasi. Itu produktif ke?

Setakat bela kroni dan tolong orang kaya dengan polisi mesra perniagaan kapitalis tak usah sembang mengutuk orang miskin la Tun. Ingat semua rakyat Malaysia ni pencacai kamu ke.



No comments: