Mengapakah menukar kerajaan itu baik untuk demokrasi?


Oleh: Kipas lipas

1.Sekarang barulah rakyat boleh membezakan di antara kerajaan dgn parti pemerintah.

2. Sekarang barulah rakyat dapat membezakan antara harta parti dgn harta kerajaan.

3. Berlakunya perlumbaan yg sihat di antara parti2 pemerintah untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

4. Membolehkan parti2 lain belajar jadi kerajaan.

5. Membolehkan pemimpin2 drp parti yg berlainan belajar menjadi menteri.

6. Mengurangkan budaya mengampu oleh  pegawai2 kerajaan untuk menjawat jawatan tertinggi.

7. Mengurangkan  budaya balas dendam kerana tiada lagi parti yg kebal.

8. Memberi peluang pada pemimpin2 drp parti yg kalah untuk berehat dan  koreksi diri.

9. Memberi peluang pemimpin2 drp parti yg menang untuk menunjukkan bakat dan kebolehan.

10. Melahirkan kebimbangan kpd pemimpin2 kerajaan  untuk melakukan perbuatan rasuah kerana mereka boleh dikalahkan rakyat.

11. Tiada lagi kata2 " Eh,  awak pegawai kerajaan,  mana boleh sokong parti pembangkang ".

No comments: