Jingga13 Johor bersama Diwan Reformasi anjur Kursus Retorik dan Propaganda di Kluang
Jingga 13 Johor bersama Diwan
Reformasi telah menganjurkan
kursus Retorik dan Propaganda
pada 13-15 Disember 2019
bertempat di Kluang Four Season
Ruili Hotel , Kluang , Johor .
Sejumlah 65 orang perserta
terdiri
daripada ahli Jingga13 seluruh
Johor hadir ke kursus tersebut .
Menurut Sdr Zabidie Abas ,
Koordinator Jingga13 Johor ,
" Kursus ini adalah bertujuan
untuk memperkasakan
potensi
dan
kebolehan pengerak dan
pendokong dalam menjalankan
kerja-kerja lapangan
melibatkan
kemahiran komunikasi dan
pengucapan awam berkesan
, perdebatan dan sebagainya ".
Turut hadir menyampaikan
ucapan
Sejarah perjuangan Jingga13 ialah
Ketua Koordinator Jingga13
Malaysia ,
Sdr Fariz Musa .
Jingga13 Johor mengharapkan
kursus ini akan memberikan ilmu
yang berguna dan dapat
membangunkan Jingga13 di
negeri Johor serta mengucapkan
terima kasih dan penghargaan di
atas komitmen Diwan Reformasi
dalam menjaya kursus selama 3
hari 2 malam ini .