Menurut Nazri menjawab soalan bertulis dari YB Guan Eng, kes tersebut telah menjelaskan bahwa 3 kes telah di gugurkan sebab tidak cukup bukti dan tidak releven manakala 1 kes lagi sedang dijalankan siasatan lanjut di tangan SPRM.
Nazri berkata kes siasatan yang di klasifikasikan sebagai "tiada siasatan lanjut", kerana tiada tertuduh yang sanggup untuk mengaku dan menyerahkan dokumen apabila diadakan temujanji dengan Pihak Hakim mahkamah tinggi.
Orang ramai boleh membeli laporan tersebut pada harga RM542.10 senaskhah.
Salinan laporan
Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.
Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.
Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.
Menurut Zaid, suruhanjaya tersebut telah mengenalpasti dan membuat keputusan bahawa rakaman klip itu adalah sahih dan mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap individu-individu yang dikenalpasti dan dikatakan telah melakukan kesalahan tertentu.
Lanjutan daripada hasil siasatan tersebut, katanya, maka ada kemungkinan berlaku kesalahan-kesalahan di sisi undang-undang seperti yang dihuraikan dalam laporan suruhanjaya berkenaan.
"Jemaah menteri bersetuju supaya Jabatan Peguam Negara memulakan siasatan serta-merta ke atas segala tuduhan terhadap individu-individu yang dinamakan dalam laporan tersebut.
"Jemaah menteri mengambil kira cadangan-cadangan yang telah dikemukakan oleh suruhanjaya untuk memperbaik proses pelantikan hakim supaya menjadi lebih telus dan menepati kehendak Perlembagaan Persekutuan dan juga untuk meningkatkan kepercyaan orang ramai terhadap badan kehakiman," katanya.
Siasatan adil
Dalam hal itu, katanya, kerajaan sedang menggubal undang-undang yang perlu untuk penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK).
"Kerajaan juga berhasrat untuk mengiktiraf kuasa mahkamah (judicial power) seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya mengenai rakaman klip video yang mengandungi imej seorang yang dikatakan sebagai peguambela dan peguamcara berbual melalui telefon mengenai urusan pelantikan hakim," tambahnya.
Ini, katanya, penting kerana siasatan-siasatan seumpamanya yang dijalankan oleh pihak berkuasa sebelum ini akhirnya ditutup begitu sahaja, tanpa diambil sebarang tindakan lanjut.
Seperti biasa rakyat memahami bahawa tiada tindakan yang diambil walau jelas kes video tersebut menggemparkan negara kerana hakim di tentukan oleh peniaga yang juga bergelar hakim.
Seperti biasa rakyat memahami bahawa tiada tindakan yang diambil walau jelas kes video tersebut menggemparkan negara kerana hakim di tentukan oleh peniaga yang juga bergelar hakim.
------------------------------------