Walaupun diasak UMNO, PM belum dapat ilham bila nak bubar Parlimen


 

PRU-15 mungkin diadakan semasa musim banjir selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sedia meredahnya sekalipun pilihan raya diadakan.

 

Ketika desakan terus kencang daripada UMNO supaya membubarkan segera Parlimen, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan beliau belum mendapat ilham bila akan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata sebarang keputusan mengenai tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada perbincangan dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO pada 30 September ini.

“Pada 30 hari bulan, petang ada (mesyuarat) Top 5 dan biro politik, malam ada MT (Mesyuarat Tertinggi). Jadi kita tunggulah,” katanya pada sidang media di akhir lawatan kerja empat hari ke Amerika Syarikat, menurut Bernama.

Sebelum ini, pemimpin tertinggi UMNO terus mengasak Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera tahun ini, tanpa mempedulikan kepentingan rakyat menghadapi krisis dan bencana setelah pandemik Covid-19 semakin pulih.

Ketika majoriti ahli Parlimen, termasuk daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri, menolak pilihan raya diadakan segera tahun ini, beberapa kerat pemimpin parti itu, terutama presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, terus mendesak Perdana Menteri membubar segera Parlimen.

Selain itu, majoriti Jemaah Menteri, termasuk yang mewakili UMNO, turut menolak PRU-15 diadakan tahun ini kerana berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata beliau belum mendapat maklumat mengenai agenda mesyuarat MT UMNO.

“Saya pun tak tahu apa agenda MT dan sebagainya. Jadi malam tu lah kita akan bincang,” katanya. Top 5 merujuk kepada Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.

Ditanya sama ada beliau sudah mendapat ilham bila akan membubarkan Parlimen semasa berada di bandar raya ini dan adakah ia semakin dekat, Ismail Sabri menjawab “belum lagi.”

“Saya berjalan di sekitar Central Park dan kagum dengan bagaimana kawasan hijau seluas 832 ekar di tengah-tengah bandar raya ini dikekalkan dan dipulihara” katanya.

Perdana Menteri berkata jika di Malaysia, pasti akan ada cadangan di atas meja beliau untuk membangunkan kawasan seumpama itu.

“Saya mendapat inspirasi bagaimana untuk memulihara kawasan hijau kita. Namun untuk pilihan raya, saya tidak mendapat apa-apa inspirasi,” katanya.

 

SEKARANG NI SEMUANYA MUSUH- NEGERA NAK MUSNAH APABILA PIMPINAN TAK MEMEIKIRKAN MASAALAH RAKYAT..MALAHAN MEMIKIRKAN KEDUDUKAN...YANG DAH 2 KALI JADI PM PUN TERINGIN LAGI NAK JADI PM....DASYAT

 

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Kabinet dari BN
 terdedah kepada risiko sabotaj selagi mana mereka bersama Bersatu
 dalam Jemaah Menteri.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ahli Kabinet selain Bersatu sedang dikelilingi “musuh dalam selimut” susulan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang secara terbuka mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama.

Katanya, ahli Kabinet dari BN terdedah kepada risiko sabotaj selagi mana mereka mempertahankan komposisi Jemaah Menteri sedia ada bersama Bersatu yang diketuai bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata, selepas Bersatu gagal melenyapkan BN khususnya Umno, kini parti itu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin Umno yang didakwa dizalimi.

“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk PPBM (Bersatu) bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan ‘scheme of things’.

“Mujur, sebahagian besar pimpinan BN termasuk presiden Umno dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya,” katanya di Facebook.

Zahid ketika mengulas lanjut, berkata tidak pelik apabila bukan Pakatan Harapan (PH) diumumkan sebagai musuh utama PN walaupun Muhyiddin pernah menyebut gabungan itu tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

Katanya, berkemungkinan satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin itu adalah pimpinan tertinggi PAS.

“Maka, dengan pengumuman Muhyiddin BN musuh utama PN seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran,” katanya.

Semalam, Muhyiddin mengingatkan penyokong serta pimpinan parti Bersatu bahawa musuh utama PN pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) nanti adalah BN.

Beliau berkata, ketetapan itu telah dibuat dalam parti-parti PN.

“Kita dalam PN sudah ada kesepakatan, antara perkara disepakati ialah saya nak sebut di sini, bahawa musuh utama kita tidak lain adalah BN,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-6 Bersatu.

Bagaimanapun, kenyataan bekas perdana menteri dilihat bercanggah dengan pendirian rasmi PAS yang dikeluarkan setiausaha agungnya, Takiyuddin Hassan, sebelum ini yang menyatakan BN bukan musuh utama, sebaliknya PH.


NAK LAWAN DI AMPANG NI TAK PAYYAH LETAK ANWAR- AMPANG NI LETAK AYAHANDA RANI KULUP PUN BOLEHMENANG KALAU SETAKAT ZIRAIDA TU. ORANG DAH TAHU SIAPA PENGKHIANAT. LARI TAK CUKUP TANAH NAK CARI TEMPAT NAK BERTANDING. ORANG AMPANG BUKAN TAK CERDIK MEMILIH.

 

PRU15: Anwar nafi bertanding di Parlimen Ampang



Presiden PKR Anwar Ibrahim menafikan beliau akan bertanding di Parlimen Ampang seperti mana didakwa Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon.

BATU KAWAN: Presiden PKR Anwar Ibrahim, hari ini, menafikan beliau akan bertanding kerusi Parlimen Ampang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, beliau masih belum mengumumkan kerusi mana yang akan ditandingi.

“Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Wanita PKR.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Rashid Hasnon yang mendakwa ketua pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Rashid yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada PRU15 kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.


DULU TAK ADIL SEKARANG ADIL...HIDUP KEADILAN.


 Zunar cartoonist fan club.



DSAI DI PENDANG










DATO ZUL MOHAMAD

Alhamdulillah ....boleh LA cara cara org baru belajar dipendang

Tak berapa pandai sangat .......tempat hijau yg org tak berani nak masuk ...aku sahut cabaran menghidup kan keadilan disana ....

Tempat org tak berani lawan ...aku kata kita lawan ....

Sambutan anak muda (yg kata anak muda kurang ) anak muda mencecah 50%.... ..anak muda masuk setelah dsai masuk penuh dibelakang ...

1-Dewan tak muat ...

2-kunjungi pondok bersama dsai ke pondok tuan 

Terimaksih semua sahabat aku yg betul betul support dan buat move dlm diam ..dan hasilnya nampak hari ni..

Terimaksih anak muda Pendang

Terimaksih org org Siam .....

Terimaksih AJk aku yg semua sepakat membantu dlm kerjasama yg baik .dan aku tak abaikan mereka yg membantu aku 

Terimaksih Anwar Ibrahim club yg menyokong kuat kehadiran dsai dan meyakinkan pimpinan bahawa aku mampu organise ...

BUAT MASYARAKAT PENDANG

Saya susun sepuluh jari mengucap kan terimakasih ...saya anda semua ...

Rakan rakan Volkswagen Kedah Perlis pulau Pinang

 

PERCAYAKAH ANDA NAJIB DIBAWA SEMULA KE PENJARA KAJANG ?


 

DAKWA TABUNG HAJI BERJAYA DIBAWAH MEREKA. INI KRONOLIGINYA



DEKAT PILIHANRAYA DAH MULA CLAIM BERJAYA ADA HAL MEREKA MEREKA INILAH YANG MEMFITNAH TABUNG HAJI . SIAPA MEREKA..RAKYAT DAPAT  MENILAIYA BILA SATU SATU KEGAGALAN TIDAK DAPAT DISELESAIKAN



 

SIAPA LAH DESAK DIA JADI PM KALI KE 3


Siapa la yang desak dia jadi PM? Orang desak dia jangan sibuk politik lagi. Perasan tak sudah la orang tua ni. Ni dah tahap merayu dah ni. Sampai adakan cerita orang desak dia jadi PM semula. Lawak la.

Dulu bagi jadi PM, letak jawatan. Sebab apa? Sebab nak khianat DS Anwar. Tak nak DS Anwar naik jadi PM. Dia ingat lepas letak jawatan dia boleh jadi PM semula dengan sokongan UMNO dan PAS.

Niat konon nak lepas dari konsensus PH so boleh jadi PM selama-lamanya. Sekali kena kencing dengan Mahiaddin, UMNO dan PAS sekali. Dengan PAS pun kena kencing. Bijak amenda macam tu.

Ni sekali lagi cakap tak nak jadi PM sampai habis penggal. Nak percaya? Hahaha... Aku lebih percaya buaya janji tak makan bangkai daripada janji orang tua ni. Guane boh?

Raja Gelap


DUDUK DALAM KERAJAAN..SAMA SAMA KHIANAT BERSAMA LANGKAH SHERATON...TIBA TIBA DAKWA KENA BULI ?


Dakwa paling banyak dibuli, Pas tetap budayakan politik matang

Abdul Hadi


Hadi kata PAS paling banyak dibuli. Antara contoh buli yang dihadapi adalah penafian hak untuk diberi royalti minyak. Baca di https://bit.ly/3UOG3wS.

Ini kalau tak berniat buat kelakar, memang dungu. Macamana boleh dakwa PAS kena buli sedangkan PAS sebahagian daripada kerajaan pusat?

Kalau betul PAS dibuli, maknanya yang buli tu PAS juga la. Sebab tu aku kata kelakar. Dia ni macam baru keluar gua. Tak tahu situasi semasa.

Hadi ungkit cerita ahli PAS ramai kena tahan ISA. Itu zaman bila? Pemimpin-pemimpin yang pernah kena tahan tu sekarang dah tak ada dah dalam PAS. Dah masuk Amanah dah semua.

Yang tinggal ni mana pernah kena tahan ISA. Hadi sendiri pun tak pernah. Yang tinggal semua jenis lemah. Jangankan masuk jel, nak buat kenduri pun minta bantuan MPKB. Guane boh?

Raja Gelap

 

Harimau Malaya tewas menerusi penentuan sepakan penalti.... GOL JADI WIRA, Aksi Akhir Piala Raja Thai Malaysia vs Tajikistan



Piala Raja Thailand | Harimau Malaya tewas menerusi penentuan sepakan penalti

Malaysia gagal menamatkan penantian 44 tahun untuk menjulang Piala Raja Thailand yang berlangsung di bumi Chiang Mai selepas tewas kepada Tajikistan dalam penentuan sepakan penalti pada aksi final Ahad malam


'Poster Boy' MB Kedah akan diputuskan dalam masa terdekat - Anwar

 



Anwar berkata calon Menteri Besar daripada PH itu akan menjadi 'Poster Boy' dalam kempen PRU15 di Kedah. - Gambar fail
PENDANG: Pakatan Harapan (PH) Kedah akan memutuskan beberapa perkara melibatkan persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat, termasuk calon Menteri Besar.
Menurut PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata calon Menteri Besar daripada PH itu akan menjadi 'Poster Boy' dalam kempen PRU15 di negeri ini.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, gabungan itu sedang meningkatkan usaha bagi menawan semula negeri Jelapang Padi itu.
"Kita sudah ada beberapa pertemuan (di peringkat negeri) dan kita sedang meningkatkan usaha kita untuk memastikan Kedah ditawan semula oleh Pakatan Harapan.
"(Berkaitan 'poster boy' dan hal berkaitan PRU15) kita akan putuskan dalam masa yang singkat, malam tadi dan hari ini (juga kita telah adakan pertemuan),
"Saya (juga) percaya (kepimpinan di peringkat) negeri (Kedah) akan putuskan (berkaitan itu) berdasarkan pertimbangan dan muafakat antara mereka," katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui media selepas Program Temu Anwar, Dialog Anak Muda di Pendang Lake Resort pada Ahad.
Ketika ini, Pas memiliki komposisi terbesar dalam kerajaan negeri Kedah dengan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi DUN, selain UMNO/BN (dua kerusi DUN).
Di pihak pembangkang pula, PKR memiliki lima kerusi DUN, Parti Amanah Negara (Amanah) (empat kerusi DUN), DAP (dua kerusi DUN), dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) (dua kerusi DUN).
Untuk kerusi Parlimen pula, PKR memiliki jumlah kerusi terbanyak dengan lima kerusi diikuti Pas (tiga), Pejuang (tiga), UMNO (dua) serta Amanah (satu).

MALU PEMIMPIN PKR YANG LEBIH MUDA JIKA TIDAK BERUSAHA SEPERTI BELIAU





 

Hebat

!! Dalam satu hari 4 program dia boleh muncul. Usianya bukan muda lagi. Ada yang kata kita mahu pemimpin muda kali ini, aku dok cari juga mana pemimpin muda yang boleh menyamai kerja buat Anwar, kalau pun tidak lebih daripada Anwar? Jujurnya belum ada. Dari Perlis..P.Pinang dan Kedah, siang malam dia muncul. Malu aku hanya tonton je...

W.FAUDZIN







PIDATO ANWAR DI HIMPUNAN WANITA KEADILAN HARI INI - BANGKIT SEMANGAT WAN...

MEREKA GAGAL-MEREKA TIDAK PANDAI BUAT KERJA CUMA PANDAI BERKATA KATA.


MOHD AFFENDI ABAS

PH yang berjaya memulihkan Tabung Haji sampai PAS kalah saman fitnah terhadap Dr. Mujahid Yusof Rawa tetiba PAS claim dia yg berjaya!

Berjaya apa sampai kos Haji pun naik! Nak menipu pun agak-agak lah! Takkanlah lebai PAS nak menipu? Yang kuat menipu ni PASik! Bukannya Islam?




 

'Saya tidak umum bertanding di Ampang'


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas-desus beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berhubung kerusi mana yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sewajarnya ditimbulkan. Beliau berkata demikiann ketika menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini. Anwar menegaskan beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.



TEKA TEKI SI PENGHIMPIT



Najib jadi PM… Dia himpit Najib….

Mahathir jadi PM… Dia himpit Mahathir….

Muhyiddin jadi PM… Dia himpit Muhyiddin…

Ismail Sabri jadi PM… Dia himpit Ismail Sabri…

Zahid bakal jadi PM… Dia himpit awal-awal…

Siapakah dia?










 

UCAPAN HJ HADI PECAH BELAH, KENAPA PM TAK BERTINDAK?


JOM KITA BERI MUSUH CEMBURU- KITA G KONSERT

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


"Konsert di KL boleh mencemburukan musuh Isley - hahahaharamkah"

Nasib baik lebai dah kasik dalil, yang pasti kena pisahkan lelaki dan wanita, terkinja-

kinja pun tak apa. Mereka semakin berani.


KALAU NAK KENA KENCING HANCING DENGAN PARTI INI, CUBALAH : PAS TIADA KESETIAAN, PERLUKAH PARTI BURUK PERANGAI INI TERUS DILAYAN?

 

Pada awal September lalu, Mahiaddin Md Yasin dan PN dilapor menuntut penjelasan daripada Pas tentang hubungan sebenar parti itu dengan UMNO.

Ia berikutan kenyataan Setiausaha Agung PAS,Takiyuddin Hassan ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah yang mendakwa wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin tertentu UMNO bagi membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU15.

Pelbagai pihak ketika berucap di muktamar yang sama juga memperlihatkan kecenderungan untuk menjadikan UMNO sebagai rakan kerjasama politik bagi Pas.

Dalam penjelasan yang diperolehi daripada Pas kemudiannya iaitu pada 8 September iaitu ketika mesyuarat PN ialah tiada rundingan rasmi berlaku antara Pas dengan UMNO serta pertemuan yang berlaku juga melibatkan pucuk pimpinan utama parti itu.

“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan itu selepas UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas dalam PRU15.

“Padjuga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam PN,” kata Mahidddin selaku Pengerusi PN dalam satu kenyataan medianya.

Bagaimanapun semalam, Mahiaddin sekali lagi mengeluarkan kenyataan mahu mendapatkan penjelasan daripada Pas dan Hadi Awang berhubung dakwaan wujudnya usaha terbaru mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional atau MN.

Malah, dalam usaha terbaru itu, Hadi dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga didakwa telah mengadakan pertemuan sulit pada Selasa lalu.

“Saya akan mendapatkan penjelasan apabila saya bertemu Hadi pada Isnin atau Selasa ini, saya akan tetapkan tarikhnya,” kata Mahidddin ringkas.

Katanya, beliau berminat untuk mengetahui sama ada perbincangan itu benar-benar berlaku, apakah keputusannya dan sama ada UMNO bersetuju mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan Pas, sebuah parti dalam gabungan PN.

Dalam hal ini, sepatutnya setelah Pas memberi penjelasan kepada mesyuarat PN bahawa tiada sebarang rundingan, tiada kemajuan dan tiada pimpinan utamanya terlibat bertemu dengan pemimpin UMNO serta memberi komitmen untuk mengukuhkab kerjasama melalui PN, soal bekerjasama dengan parti lain tidak harus berbangkit lagi.

Sebagai anggota gabungan PN dan tarikh PRU15 pun semakin dekat, ditambah dengan UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo atas tiket BN, Pas tidak harus lagi rambang mata cuba mendekati UMNO.

Pas harus setia kepada Bersatu dan PN yang berjasa membawa parti itu ke dalam kerajaan sebaik Mahiaddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini tidak, bukan saja selepas itu Takiyuddin sendiri menyatakan musuh Pas bukan BN, sebaliknya musuh mereka secara bersama ialah PH, malah dilaporkan berlaku pula pertemuan sulit antara Hadi dengan Zahid Hamidi.

Apa ni? Inikah perangai sebuah parti Islam?

Nampak sangat dalam hal ini Pas adalah adalah parti yang langsung tiada kesetiaan kepada gabungan yang mereka menjadi anggotanya.

Kenapa Pas tidak boleh setia kepada Mahiaddin, Bersatu dan PN?

Kenapa masih mahu berusaha memikat UMNO dan walaupun UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo?

Dalam kenyataan Mahiaddin semalam, selain beliau akan mendapatkan penjelasan Hadi berhubung pertemuan sulitnya dengan Zahid Hamidi dan usaha menghidupkan MN, beliau juga menegaskan musuh utama PN dalam PRU15 akan datang adalah BN.

Ini ternyata berbeza dengan kenyataan Takiyuddin sebelum ini bahaww musuh bersama UMNO dan Pas ialah PH.

Cuma sekarang, bersama kenyataan Mahiaddin itu, sediakah Pas selepas ini meletakkan BN juga sebagai musuh utama mereka?

Kepada UMNO atau PN – sentiasalah berhati-hati dengan ketidaksetiaan dan rambang mata Pas ini.

Pas pernah tidak setia kepada MN dengan meninggalkan gabungan itu secara senyap untuk menyertai PN dan kini mula tidak setia pula kepada PN kerana ingin kembali kepada MN, patutkah parti buruk perangai seperti ini terus dilayan? – ShahbudinHusin 25/09/2022.