KALAU NAK KENA KENCING HANCING DENGAN PARTI INI, CUBALAH : PAS TIADA KESETIAAN, PERLUKAH PARTI BURUK PERANGAI INI TERUS DILAYAN?

 

Pada awal September lalu, Mahiaddin Md Yasin dan PN dilapor menuntut penjelasan daripada Pas tentang hubungan sebenar parti itu dengan UMNO.

Ia berikutan kenyataan Setiausaha Agung PAS,Takiyuddin Hassan ketika Muktamar Tahunan PAS di Kedah yang mendakwa wujud rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin tertentu UMNO bagi membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU15.

Pelbagai pihak ketika berucap di muktamar yang sama juga memperlihatkan kecenderungan untuk menjadikan UMNO sebagai rakan kerjasama politik bagi Pas.

Dalam penjelasan yang diperolehi daripada Pas kemudiannya iaitu pada 8 September iaitu ketika mesyuarat PN ialah tiada rundingan rasmi berlaku antara Pas dengan UMNO serta pertemuan yang berlaku juga melibatkan pucuk pimpinan utama parti itu.

“Tiada apa-apa kemajuan dicapai daripada perbincangan itu selepas UMNO membuat pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pas dalam PRU15.

“Padjuga mengulangi pendirian untuk memperkukuhkan kerjasama dengan parti-parti anggota dalam PN,” kata Mahidddin selaku Pengerusi PN dalam satu kenyataan medianya.

Bagaimanapun semalam, Mahiaddin sekali lagi mengeluarkan kenyataan mahu mendapatkan penjelasan daripada Pas dan Hadi Awang berhubung dakwaan wujudnya usaha terbaru mahu menghidupkan semula Muafakat Nasional atau MN.

Malah, dalam usaha terbaru itu, Hadi dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga didakwa telah mengadakan pertemuan sulit pada Selasa lalu.

“Saya akan mendapatkan penjelasan apabila saya bertemu Hadi pada Isnin atau Selasa ini, saya akan tetapkan tarikhnya,” kata Mahidddin ringkas.

Katanya, beliau berminat untuk mengetahui sama ada perbincangan itu benar-benar berlaku, apakah keputusannya dan sama ada UMNO bersetuju mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan Pas, sebuah parti dalam gabungan PN.

Dalam hal ini, sepatutnya setelah Pas memberi penjelasan kepada mesyuarat PN bahawa tiada sebarang rundingan, tiada kemajuan dan tiada pimpinan utamanya terlibat bertemu dengan pemimpin UMNO serta memberi komitmen untuk mengukuhkab kerjasama melalui PN, soal bekerjasama dengan parti lain tidak harus berbangkit lagi.

Sebagai anggota gabungan PN dan tarikh PRU15 pun semakin dekat, ditambah dengan UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo atas tiket BN, Pas tidak harus lagi rambang mata cuba mendekati UMNO.

Pas harus setia kepada Bersatu dan PN yang berjasa membawa parti itu ke dalam kerajaan sebaik Mahiaddin memegang jawatan Perdana Menteri.

Ini tidak, bukan saja selepas itu Takiyuddin sendiri menyatakan musuh Pas bukan BN, sebaliknya musuh mereka secara bersama ialah PH, malah dilaporkan berlaku pula pertemuan sulit antara Hadi dengan Zahid Hamidi.

Apa ni? Inikah perangai sebuah parti Islam?

Nampak sangat dalam hal ini Pas adalah adalah parti yang langsung tiada kesetiaan kepada gabungan yang mereka menjadi anggotanya.

Kenapa Pas tidak boleh setia kepada Mahiaddin, Bersatu dan PN?

Kenapa masih mahu berusaha memikat UMNO dan walaupun UMNO sudah memutuskan untuk bertanding solo?

Dalam kenyataan Mahiaddin semalam, selain beliau akan mendapatkan penjelasan Hadi berhubung pertemuan sulitnya dengan Zahid Hamidi dan usaha menghidupkan MN, beliau juga menegaskan musuh utama PN dalam PRU15 akan datang adalah BN.

Ini ternyata berbeza dengan kenyataan Takiyuddin sebelum ini bahaww musuh bersama UMNO dan Pas ialah PH.

Cuma sekarang, bersama kenyataan Mahiaddin itu, sediakah Pas selepas ini meletakkan BN juga sebagai musuh utama mereka?

Kepada UMNO atau PN – sentiasalah berhati-hati dengan ketidaksetiaan dan rambang mata Pas ini.

Pas pernah tidak setia kepada MN dengan meninggalkan gabungan itu secara senyap untuk menyertai PN dan kini mula tidak setia pula kepada PN kerana ingin kembali kepada MN, patutkah parti buruk perangai seperti ini terus dilayan? – ShahbudinHusin 25/09/2022.



No comments: