RUPANYA BOMOH BURSA KAKI KELENTONG ....BOSSKAU SAMA JUGA KAU YA....


Ketika saya mula menulis tahun 2018, Najib Saahari antara “influencer” pertama yang ajak saya berdebat. Ketika itu, page beliau sangat popular di kalangan penyokong pro Najib Razak. Ada juga kalangan kawan dan famili saya turut like habis posting dia.

Posting2 balas beliau, saya rasakan banyak yang spin dan putar alam. Namun, saya cuba jawab. Kerna melawan pembodohan itu, jadi nawaitu saya dari mula.

Dalam tempoh masa itu juga, saya cuba selidiki siapa Najib Shaari ni. Yelah, kita dilatih. Do your homework. Kenal lawan kita. Senang nak corak langkah seterusnya.

Jenuh saya cari butiran mamat ni. Apah pun tak jumpa. Dia graduate mana pun tak tahu. Apa latar belakang dan nama pun macam tak betul saja. Tetapi saya tengok ramai giler penyokong dia, taksub mereka apa dia kata. Siap digelar “Cip” lagi.

Fast forward 4 tahun, semalam ada keluar cerita beliau didakwa atas kesalahan menipu. Kes penipuan melibatkan hingga RM6juta, katanya. Sekarang mengikut cerita ditahan di Penjara Sungai Buloh kerana tak mampu bayar duit jaminan.

Yang paling teruk kena tipu, katanya orang Jakel sampai RM1.5juta. Orang rapat/ penyokong kuat Najib Razak jua.

Kalau betul seperti apa yang dilaporkan, saya doakan urusan dia dipermudahkan. Dan kalau ada mangsa yang teraniaya, mereka mendapat pembelaan.

Satu benda kita boleh belajar, jangan sesekali sokong khinzir buta mana2 influencer. Check dulu background dia.

Memang betulkah dia ada kepakaran/ pengalaman dalam bidang yang dia tulis tu.

Kalau claim guru saham, mestilah at least ada degree in perbankan atau finance. Pernah jadi remiser atau pegawai pelaburan. The very least ada pengalaman bertahun kendalikan/ main saham. Ada track record juga.

Kalau nak tahu mengenai perubatan, janganlah senang2 pulak percaya yang set anti vaksin, tambah yang dulu background nya bidan/ doula. Ada bran pulak nak suruh orang percaya cakap dia. Doktor bertuliah kan ada?

Kalau nak tahu tentang kes jenayah yang berjalan di Mahkamah, jangan pulak la dengar orang yang Mahkamah pun tak tahu kat mana. Perlembagaan dan Kanun Keseksaan pun tak pernah baca.

Tambah influencer jembalang yang muka pun tiada. Nama pula hanya nama glamer. Tu set2 loyar buruk belaka.

Jangan pajak otak anda pada mana2 influencer. Baca, baca dan baca. Nilaikan mereka. Jangan terus percaya.

Itu saja cara kita nak jadi rakyat yang celik segala.

Salam hormat,

Liyana Marzuki