'Saya tidak umum bertanding di Ampang'


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyanggah kenyataan Exco Perikatan Nasional (PN) Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa beliau tidak yakin untuk menang di kawasan majoriti Melayu. Ketua Pembangkang itu turut menyangkal desas-desus beliau akan melepaskan kerusi Port Dickson untuk bertanding di Parlimen Ampang yang kini disandang bekas ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. Anwar berkata kenyataan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berhubung kerusi mana yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak sewajarnya ditimbulkan. Beliau berkata demikiann ketika menghadiri Himpunan Wanita Keadilan di sini hari ini. Anwar menegaskan beliau memimpin parti majoriti Melayu yang turut membabitkan penyertaan ahli daripada pelbagai kaum.



No comments: