AYOYOO....INI KALU SUDAH LAMA LA MACHA....KITA TAHU LAH SIAPA MAU PERINTAH NEGARA DAN SAYANGNYA MIC SUDAH HILANG DARI RADAR. RAMAI DARI KAUM INDIA TELAH MENYERTAI PKR,DAP UNTUK SAMA SAMA MEMBANGUNKAN NEGARA.PARTI RASIS KALU .....TAK ADA TEMPAT

 

DAP akan perintah negara jika PH menang PRU15, kata Saravanan




Timbalan Presiden MIC M Saravanan pada majlis Pelancaran Jentera PRU15 Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah hari ini (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15) walaupun Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Beliau yang juga menteri sumber manusia berkata, sebagai parti yang dominan dalam PH, sudah tentu DAP akan menjadi penentu pemerintahan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera PRU-15 Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah hari ini, Saravanan berkata rakyat perlu menyedari bahawa sekiranya PH menang, DAP akan mendapat kerusi yang banyak.

“Kalau pun BN bertanding, kita cukup pasti perdana menteri menentukan segala-galanya, tetapi kalau PH menang, di antara PKR, Amanah, DAP, Muda, siapakah akan dapat kerusi lebih banyak?

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Maka, mereka (DAP) yang jadi penentu bagaimana hendak memerintah negara ini. Kita tahu apa akan berlaku kalau DAP jadi penentu,” katanya lapor Berita Harian.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, DAP sepatutnya tidak lagi diberi peluang selepas PH gagal memerintah negara selama 22 bulan.

“Rakyat dah lihat 22 bulan macam mana kita menderita, kita perlu sedar.

“Cukuplah…Saya percaya orang Melayu sendiri tidak akan beri undi kepada PH selagi ada DAP,” katanya.