MB N9 DIARAH ZAHID MENGADAP TUANKU MUHRIZ, TAPI MASIH SENYAP. “OVERTAKEN BY EVENT” JUGA KE?

 







Cerita MB Negeri Sembilan ni makin lama makin kelakar.
Mula-mula angkat sumpah depan Tuanku Muhriz. Elok, kemas, semua nampak normal.
Esoknya pergi pula jumpa kumpulan Undang, kemudian muncul cerita dia tandatangan dokumen berkaitan proklamasi Tuanku Muhriz.
Bila cerita tu meletup, Ismail kata dia tetap taat setia kepada Tuanku. Lepas tu buat laporan polis pula kata tandatangan dibuat sebab dipaksa.
Orang sebelah sana pula kata tak ada siapa paksa.
Jadi rakyat pun pening sekejap.
Bila wartawan tanya apa sebenarnya yang berlaku, keluarlah ayat legend:
“Overtaken by events.”
Senang betul.
Soalan susah sikit — overtaken by events.
Cerita dah berubah — overtaken by events.
Tak tahu nak jawab apa — mungkin boleh cuba overtaken by events juga.
Sekarang Zahid pula dah arah Ismail pergi menghadap Tuanku Muhriz untuk cuba selesaikan kemelut ni.
Tapi masih sunyi.
Belum nampak lagi cerita MB dah menghadap.
Jadi kita tunggu sajalah.
Takut-takut esok wartawan tanya, “Datuk Seri, bila nak menghadap Tuanku?”
Jawapannya:
“Pertemuan itu telah overtaken by events.”
Kalau ikut perjalanan cerita ni sejak angkat sumpah, MB N9 bukan flip-flop lagi dah.
Ini dah macam selipar Jepun atas lantai basah.
Sekejap sini, sekejap sana.
Nasib baik Negeri Sembilan ada adat.
Kalau ikut politik semata-mata, Waze pun mungkin dah surrender nak cari jalan.

RENTASAN 1862 | PANAS!! CUBAAN GULINGKAN TUANKU MUHRIZ, JANGAN AMBIL RINGAN AMARAN KERAS PMX?


 

GEMPAK! UiTM HOLDINGS TENAT: Kenapa Lantik Pemimpin UMNO Jadi Pengerusi, Mana Merit Korporat?!


 

NETIZAN JAWAB LEBAI NI.

 






Kenyataan Nik Amar bahawa orang yang tidak faham atau tidak cintakan Islam tidak akan menyokong PAS nampaknya mengundang jawapan yang agak luar jangka.

Di ruangan komen, ada yang jawab terbalik: bukan sebab tak faham Islam mereka tak sokong PAS, tetapi sebab mereka rasa faham ajaran Islamlah mereka memilih untuk menjauhkan diri.
Antara perkara yang banyak disebut ialah fitnah, bohong, hasutan, dengki dan budaya pecah-belah. Itu semua dakwaan serta persepsi netizen terhadap politik PAS, tetapi dari situ kita boleh nampak cara mereka berfikir.
Ada yang sampai melihat sokongan politik sebagai soal hati dan dosa pahala. Logiknya mudah: kalau seseorang percaya perbuatan tertentu dilarang agama, dia tentu rasa serba salah untuk menyokong pihak yang pada pandangannya mengamalkan perkara tersebut.
Sebab itu muncul komen seperti, “sebab aku sayang agamaku la aku tolak PAS yang amal budaya fitnah bohong.” Ada pula yang kata mereka faham dan cintakan Islam, tetapi tetap tidak menyokong PAS atas faktor akhlak politik.
Jadi kenyataan Nik Amar akhirnya membuka soalan yang lebih besar daripada soal undi.
Kalau penyokong PAS boleh berkata mereka memilih PAS kerana Islam, orang yang tidak menyokong PAS juga boleh berkata mereka membuat pilihan itu kerana pertimbangan agama dan akhlak yang mereka pegang.
Bezanya, parti politik tetap parti politik. Ia boleh dipuji, dikritik, disokong atau ditolak berdasarkan tindakan dan rekodnya. Itu tidak semestinya menentukan tahap iman seseorang.
Dan daripada komen-komen ini, itulah mesej yang paling ketara: ada netizen yang bukan sahaja tidak rasa berdosa menolak PAS, malah mendakwa mereka lebih takut menanggung dosa jika menyokong sesuatu yang mereka sendiri anggap bercanggah dengan nilai agama.






Aset bernilai RM 1.4 bilion hasil menabung dari kecil.

 







Aset bernilai RM 1.4 bilion hasil menabung dari kecil.

*******
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hanya akan mengetahui sama ada Mahkamah Tinggi bakal membekukan aset bernilai AS$346 juta (RM1.4 bilion) pada 7 Januari tahun hadapan.
Ini kerana dia perlu menunggu pelupusan saman dikemukakan terhadapnya oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan 10 syarikat lain.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Muhammad Adam @ Edward Abdullah menetapkan tarikh itu hari ini bagi mendengar dan memutuskan permohonan plaintif (1MDB) mendapatkan injunksi Mareva terhadap Rosmah.
Tarikh itu ditetapkan semasa pengurusan kes yang dihadiri oleh peguam Rosmah, Sheena Stephanie Sebastian, dan peguam Henna Nikita Sanghvi yang mewakili 1MDB.
Dalam kes ini, plaintif sedang berusaha untuk menghalang Rosmah daripada berurusan dengan aset bernilai sehingga AS$346 juta (RM1.4 bilion), termasuk tunai, saham syarikat, hartanah dan aset-aset lain.
Permohonan itu adalah sebahagian daripada tuntutan mahkamah berhubung barangan mewah bernilai lebih AS$346 juta (RM1.4 bilion), yang didakwa oleh plaintif diperoleh menggunakan dana 1MDB diselewengkan.
Saman itu difailkan pada 9 Mei 2024 oleh 1MDB dan 10 syarikat lain termasuk lima anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited, Global Diversified Investment Company Limited dan SRC International Sdn Bhd.
Plaintif-plaintif lain ialah Affinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Commodities (Global) Limited, Blackstone Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.
Plaintif memohon perintah mahkamah untuk mengarahkan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu membayar AS$346,010,489 (RM1.4 bilion) atau sebarang jumlah lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.
Mereka juga memohon pengisytiharan bahawa enam plaintif pertama adalah pemilik sah barangan mewah yang didakwa berada dalam simpanan Rosmah.
Saman ini pada mulanya difailkan terhadap Rosmah dan seorang warga Singapura, Shabnam Naraindas Daswani.
Bagaimanapun, plaintif menarik balik tuntutan mereka terhadap Shabnam pada April 2025.
Pada 9 Julai, mahkamah yang sama menetapkan Jun tahun depan untuk mendengar kes itu.






TAKKAN LA SAMPAI SEKOQ PUN TAK ZIARAH. MUSUH POLITIK JANGAN SAMPAI MUSUH IKHWAH,ADA ORANG LAIN YANG BOLEJ IMAMKAN JENAZAH..







 Pada saya, pemimpin PAS lebih kepada retorik, cakap tidak serupa bikin.

Bahang politik dibawa terlalu jauh, sampai kematian seseorang pun disisihkan.
Sedangkan apabila seseorang telah meninggal dunia, perbezaan politik sepatutnya diketepikan. Yang tinggal hanyalah soal kemanusiaan, adab dan penghormatan.
Yang saya pelik ialah budaya wala’ yang begitu kuat terhadap pemimpin. Bila pemimpin bercakap, pengikut ikut, bila pemimpin mengambil pendirian, pengikut mempertahankannya, seolah-olah tidak perlu lagi berfikir guna otak dan menilai sendiri.
Wala’ kepada pemimpin jangan sampai mengatasi akal, prinsip dan adab.
Kita boleh berbeza politik, tetapi apabila berhadapan dengan kematian, cukuplah kita menang menjadi manusia.




Harap Gen Z kenal siapa Hj Hadi ini.

 

Zainuddin Omar


Harap Gen Z kenal siapa Hj Hadi ini.







KALAM HUKAMAK (ada juga kaitkan sebagai hadith dhoif katanya),
كَفَى بالموتِ واعِظًا...
"Cukup lah dengan kematian itu (menjadi) satu pengajaran"
Dan sebenar-benar pengajaran adalah untuk KITA YANG HIDUP sebenarnya untuk melihat kematian itu.
Sebab itu Islam letakkan tanggungjawab hamba pada saudaranya yg hidup adalah untuk ziarah ketika aman atau ketika sakit.
Dan tanggungjawab seterusnya ziarah pada saudaranya yang sudah kematian.
Kita faham ziarah ketika sakit pasti menggembirakan mereka yg sedang diuji. Dosa-dosa gugur hasil ziarah itu. Natijahnya hilanglah rasa marah dan benci yg bersarang di hati.
Tapi ziarah pada yg sudah pergi pula, manfaat nya tak lagi untuk yg dah pergi. Manfaatnya adalah untuk yg hidup pula.
Sebab itu hari ini kita boleh melihat pelbagai kebaikan timbul dari asbab kematian di depan kita. Banyak hikmah dari ajaran sunnah Rasulullah SAW ini.
Samalah dgn peristiwa kematian Negara hari ini tatkala TunM kehilangan orang yang paling dicintainya.
Saya gembira melihat photo-photo petang tadi di Sungai Besi dan di Perkuburan Precint 20 Putrajaya. Pertemuan dua tokoh yang amat bermakna buat ummah dan Negara.
Saya gembira tatkala melihat PMX mengangkat tangan berdoa, TunM yang sedar doa dibacakan, lantas terus bersama mengaminkan doa panjang PMX itu.
Maka tulisan ini berbalik pada fiqh siyasi, saya ada harapan nak dikongsikan dengan ikhwah kalian...
1. DS Anwar Ibrahim pernah sebut, beliau dah pernah cuba untuk ziarah sahabat dia Abdul Hadi Awang masa Hj Hadi dirawat di IJN beberapa tahun lepas.
2. Tapi Hj Hadi tolak untuk berjumpa. Disahkan anak Hj Hadi sendiri ayah dia tak mahu jumpa Anwar yg dah datang pun ke IJN. Walau masa sama ramai Umno bebas masuk keluar bilik Hj Hadi siap berselfie pula dgn Hj Hadi, ok pula.
3. Sebab itulah, hingga kini, untuk rekod kali terakhir Anwar berjaya jumpa dalam erti ziarah Hj Hadi itu hanyalah pada Sep-2014, dah 12 tahun - dalam peristiwa yang pernah saya dan Saifuddin Nasution Ismail sendiri kongsikan dulu.
4. Perjumpaan 2 orang dari KL ke Kuala Ibai, Terengganu, yg akhirnya hanya dilontarkan tengkingan penuh marah oleh Hj Hadi pada Anwar yang di cop sebagai manusia paling dibencikan oleh Hj Hadi hingga kini. Seorang saudara datang ratusan batu jauh, tapi hanya di tengking dan dihalau saja oleh seorang bergelar ulamak.
5. Hj Hadi kata, benci dia pada Anwar hanya satu sebab - sebab Anwar tergamak 18 tahun masuk Umno dan tinggalkan "perjuangan Islam". Itulah alasan bodoh yg diulang-ulang pada saya dan pada Saifuddin sendiri.
6. Maka atas kebencian pada Anwar itu jugalah, Hj Hadi bebas sebebasnya buat fitnah politik pada Anwar demi nafsu politik dia. Tak henti, hingga kini.
7. Pada saya Anwar pernah sebutkan lagi, selepas kegagalan pertemuan 2014 itu, beliau pernah pula mintakan pada Tuan Ibrahim dan Nik Abduh utk aturkan pula perjumpaan dgn Hj Hadi melalui perantaraan dua org kanan Hj Hadi tu.
8. Natijahnya hingga saat ini, tiada apa yg berjaya. Hj Hadi tetap tak mahu lihat kelibat Anwar, bahkan takut nak jumpa Anwar sekali pun atas dasar ziarah dua sahabat yg akrab satu ketika dahulu.
9. Saya pun yakin, Tuan Ibrahim itu pun tak akan berani buka mulut tanyakan Hj Hadi utk bertemu Anwar. Doktrin walak yang dah tertanam pada penganut Pas itu dah membuang kewarasan aqal dan budi.
10. Satu ketika beberapa tahun lepas masa saya sendiri ziarah Hj Hadi itu, tatkala mendengar pelbagai kejian dan fitnah bebas dilontarkan pada Anwar depan saya, saya lantas kemukakan - "apa kata kami aturkan satu perjuampaan Tok Guru dgn Anwar sendiri untuk meleraikan banyak fitnah yang Tok Guru sebut pada kami ni..."
11. Jawapan Hj Hadi ringkas - buatlah (perjumpaan dia dan Anwar itu), tapi ana akan "tengking" dia lagi macam dulu (Sep-2014).
Begitulah ikhwah dan sahabat...
Terus lah berdoa moga ada sinar yg menemukan mereka, dua sahabat yg pernah melakar dakwah di hujung 1970an dulu.
Saya yakin dengan bertemu mata kelak, hasad dan permusuhan yg tertanam pada Hj Hadi itu pasti hilang, luntur dan berubah.
Dah harapan kita juga...
Biarlah pertemuan dan ziarah itu pada masa nafas kedua mereka masih berdenyut dalam setahun dua ini.
Bukannya hanya apabila salah seorang telah pun diselimuti kafan di kuburan sana.
At least inilah salah satu sudut pandang saya pada pengajaran dari kematian Negara tadi.
W'alam...
p/s :
Update 29/9/2026 -
Rupanya bertebaran pula tulisan penganut Hj Hadi yang kata, collection photo² pelukan isteri TunM dan isteri Anwar itu adalah janaan AI. Bukan real.
Begitulah kalau kita nak faham betapa rosak dan celaka nya doktrin jahat Pas yang dah ditanam pada penganut nya.
Setiap kebaikan yang lalu di depan mata mereka, kalau itu bukan dari puak mereka, itu semua adalah pembohongan, salah dan mesti di tolak..




Selepas 'Kaedah' Tok Mat Gagal: Giliran Jalal Pula Jual Formula Selesai Kemelut N9!


 

SPRM Buka Kertas Siasatan: Di Sebalik Kerugian RM157 Juta Siapa Bertanggungjawab Dana UiTM Holdings!


 

Bukit Aman Siasat 10 Bekas Exco N9: Selepas Dipecat Istana, Kereta Rasmi Pula Kena Serah Balik!


 

PM Anwar Ucap Tahniah Pencapaian Terbaik Kontinjen Negara Di WSC Shanghai 2026

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan khusus buat saudara Sia Xin Wan yang meraih pingat gangsa dalam kategori Pengujian Perisian serta menerima anugerah Best of Nation.

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih satu pingat gangsa dan 13 Pingat Kecemerlangan dalam WorldSkills Competition (WSC) Shanghai 2026.

Anwar berkata pencapaian itu merupakan yang terbaik bagi kontinjen negara dalam pertandingan berkenaan sejak 1995.

“Tahniah kepada 22 anak muda yang telah menampilkan kehebatan dan kemahiran dalam bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional), sekali gus mengharumkan nama negara.

“Teruskan mengasah kemahiran dan mengejar kecemerlangan. Kalian kebanggaan negara,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut memberikan penghargaan khusus kepada Sia Xin Wan, yang meraih pingat gangsa dalam kategori Pengujian Perisian serta menerima anugerah Best of Nation.

WSC Shanghai 2026 menyaksikan kontinjen Malaysia yang diwakili 22 peserta bertanding dalam 21 bidang kemahiran merangkumi pelbagai sektor teknikal, di bawah seliaan Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya.

Kejohanan itu yang berlangsung dari 22 hingga 27 Sept menghimpunkan 1,400 profesional muda berkemahiran dari 65 negara dan wilayah, yang bertanding dalam 64 bidang kemahiran. – Bernama



Sekarang lebih baik Ismail tutup mulut – Puad persoal pendirian MB Negeri Sembilan

 


Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan pendirian Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dalam kemelut pentadbiran negeri yang tercetus susulan pembatalan pelantikan 10 Exco oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Puad mendakwa kenyataan terbaru Ismail yang meminta pihak berkuasa menilai semula arahan menghalang Exco memasuki pejabat masing-masing menunjukkan Menteri Besar itu tidak lagi mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap keadaan pentadbiran negeri.

“Bila memohon, itu bermakna Ismail mengaku dia tidak lagi berkuasa sepenuhnya. Sebelum ini dia tegas mengatakan pembatalan pelantikan Exco negeri oleh Yang di-Pertuan Besar tidak sah,” katanya dalam kenyataan.

Pada 24 September lalu, Ismail mengesahkan beliau dimaklumkan bahawa barisan Exco tidak dibenarkan memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri serta tidak boleh menjalankan tugas, namun berkata arahan itu disampaikan secara lisan tanpa arahan bertulis. 

Ismail kemudian meminta pihak berkuasa menilai semula arahan berkenaan dengan mengambil kira kepentingan pentadbiran negeri dan urusan rakyat.

Menurutnya, barisan Exco sedia ada masih sah dan sepatutnya menjalankan tugas seperti biasa, selain menegaskan beliau tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung pemberhentian mana-mana Exco seperti diperuntukkan di bawah Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. 

Kemelut itu tercetus selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 Exco berkuat kuasa serta-merta pada 20 September.

Menurut kenyataan Istana Negeri Sembilan, keputusan itu dibuat selepas kesemua Exco berkenaan didapati memungkiri sumpah jawatan, manakala Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menyatakan seseorang Exco, selain Menteri Besar, memegang jawatan selama diperkenan Yang di-Pertuan Besar. 

Pembatalan pelantikan itu kemudiannya diwartakan pada 24 September, dengan warta menyatakan ia berkuat kuasa serta-merta pada 20 September atas titah perintah Yang di-Pertuan Besar.

Puad dalam kenyataannya turut mendakwa sebelum ini Ismail mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya membuat pewartaan berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz, namun dakwaan mengenai arahan tersebut tidak disahkan dalam sumber berita yang dirujuk.

Sebaliknya, kata Puad, pembatalan pelantikan Exco oleh Yang di-Pertuan Besar telah dilaksanakan dan diwartakan.

Beliau mendakwa perkembangan itu semakin menjejaskan imej kerajaan negeri yang dipimpin Umno dan menyifatkan pendirian Ismail sebagai berubah-ubah dalam beberapa isu.

“Ismail nampak ‘helpless’. Dia flip flop dalam banyak perkara sama ada pendirian, keputusan dan kenyataan. Sekarang ini lebih baik Ismail tutup mulut,” katanya.

Puad turut menggesa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut berkenaan.

Menurutnya, MKT Umno tidak sepatutnya berdiam diri sebaliknya perlu mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu berkaitan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

“Sepatutnya desak mesyuarat khas MKT untuk bincang kemelut adat dan perlembagaan Negeri Sembilan,” katanya.

Puad berkata Umno juga perlu mengemukakan formula yang lebih konkrit kepada rakyat Negeri Sembilan, khususnya bagi memastikan kebajikan rakyat yang memberikan mandat dalam pilihan raya negeri tidak terjejas akibat kemelut politik dan pentadbiran.

“Cari jalan keluar secepat mungkin. Jangan biarkan Ismail terus menjawab ‘Over taken by events’,” katanya.

Ungkapan “overtaken by events” sebelum ini digunakan Ismail ketika ditanya Malaysiakini mengenai dakwaan beliau dipaksa menandatangani dokumen berkaitan usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, 10 bekas Exco Negeri Sembilan yang pembatalan pelantikannya berkuat kuasa 20 September turut diarahkan memulangkan kenderaan rasmi masing-masing melalui surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Kemelut berkenaan kini turut melibatkan persoalan mengenai kesinambungan fungsi pentadbiran kerajaan negeri, kedudukan Exco serta tafsiran terhadap peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan yang berkaitan pelantikan dan pemberhentian anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.



"SAYA ADA MAKLUMAT BARU" ! PMX JAWAB ZAHID & UMNO ?


 

TAK MUSTAHIL AKAN ADA YANG IKUT.

 

Nazri Hamdan



Kes pelawak politik jadi tenaga pengajar ni dia sebenarnya lebih kepada soal: kenapa orang yang aktif politik dilantik jawatan pengajar di UKM?


Ada orang bandingkan kenapa ada menteri dan yb yang tak sekolah tinggi dapat jadi menteri?


Jawapannya ialah sebab jawatan tu memang untuk orang politik.


Akan tetapi, bila jawatan pengajar universiti dah mula dibagi pada orang politik, adakah ni bermakna makin banyak lagi jawatan baru yang akan dibagi pada mereka pada masa depan?


Sebab bila dah satu universiti buat, jangan pelik kalau ada universiti lain buat.


Lepas tu jangan pelik akan ada organisasi lain buat.


Perhatikan ni:


-  Pengerusi atau ahli lembaga GLC: orang politik sebat


-  Pengerusi atau ahli lembaga badan berkanun: orang politik sebat

 

-  Duta atau utusan khas: orang politik sebat


-  Penasihat khas: orang politik sebat


Dan…. banyak lagi.


Sekarang, jawatan pengajar universiti pun nak dibagi pada orang politik? 


Paling bahaya ialah, apakah mesej yang akan disampaikan kepada generasi muda?


Mereka akan fikir, jalan paling singkat nak dapat jawatan jawatan best ialah kalau ada kekuatan politik. 


Lagi senang untuk dapat jawatan kalau parti dia makin kuat.


Harini parti A, esok lusa bila parti B menang, dia akan buat benda sama atau lagi teruk.


Dia akan cakap eh kenapa dia boleh buat aku tak boleh?


Sebab bila dah start, nak patah balik susah.


Kalau kita tak bising dan biarkan benda ni berlalu sekarang, jangan pelik makin banyak lagi jawatan pada masa depan digondol oleh orang politik. 


Harapan kita ialah supaya universiti lain tak ikut jejak UKM.


Jangan normalisasikan benda ni. 


Ramai lagi orang yang lebih hebat dalam komedi layak gantikan orang politik jadi pengajar di UKM.