Bedah SCRIPT: Politik Berkebajikan, Martabatkan Rakyat


 Oleh: Mohd. Fauzi Fadzil


ULASAN: Membaca hasil penulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang terbaru iaitu SCRIPT: For Better Malaysia menggambarkan isi hati beliau terhadap pembinaan semula pentadbiran Malaysia yang telah kehilangan kepercayaan daripada majoriti rakyat. Buku tersebut masih mendukung cita-cita DSAI untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara makmur yang memimpin pembentukan tamadun di rantau Asia seperti yang dinukilkan di dalam buku The Asian Renaissance.


Namun DSAI lebih bersikap realistik di dalam penulisan SCRIPT apabila membicarakan pengukuhan dokongan rakyat terhadap perlaksanaan polisi pemerintah sebelum berbicara berkenaan isu yang lebih besar seperti pembinaan tamadun.


Saling kepercayaan pemerintah - rakyat


Usaha untuk mendapatkan kembali dokongan rakyat terhadap golongan pentadbir bermula dengan fokus terhadap pengukuhan lapan sektor utama negara berdasarkan enam pemandu penting iaitu sustainability, care & compassion, respect, innovation, prosperity dan trust (SCRIPT).


DSAI tidak berbicara berkenaan pembinaan semula pentadbiran Malaysia melalui usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi seperti yang dilaungkan di dalam dasar Najibnomics, DSAI bermula dengan berbicara berkenaan pembinaan hubungan antara pemerintah dan rakyat dengan mewujudkan perasaan saling menghormati dan meletakkan kepercayaan antara satu dengan yang lain.

Fauzi Fadzil

Ini merupakan permulaan yang baik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara yang telah dicalarkan oleh Langkah Sheraton sehingga mewujudkan kerajaan yang rapuh selepas tahun 2020. Perancangan dasar yang dilakukan oleh pemerintah tanpa dokongan dan kepercayaan rakyat akan menjadi sia-sia, penglibatan rakyat untuk menjayakan sesebuah perancangan pemerintah akan memastikan kelancaran dan pejimatan yang maksima dapat dicapai.


Kesejahteraan masyarakat


DSAI seterusnya mengimpikan dasar-dasar pentadbiran Malaysia yang merangkum kesemua kelompok masyarakat dengan memanfaatkan perkembangan inovasi terkini untuk memajukan negara tercinta ini.


Ketika berbicara berkenaan keutamaan dasar untuk membentuk sebuah Malaysia yang lebih baik pada masa hadapan (selepas usaha mendapatkan dokongan rakyat dapat dijayakan), sekali lagi DSAI menekan isu kesejahteraan kelompok-kelompok masyarakat di Malaysia (B40, FELDA, belia, luar bandar, NGO).


Dasar yang beliau fokuskan memberi perhatian terhadap penghapusan bebanan kewangan yang membelenggu masyarakat Malaysia, seterusnya apabila ‘perut’ rakyat telah disejahterakan maka DSAI membawa perhatian terhadap penghapusan undang-undang yang menekan hak kebebasan rakyat. Usaha tersebut selari dengan laungan retorik yang beliau bawa selama bertahun-tahun iaitu untuk mereformasikan sistem pentadbiran dan undang-undang negara.


Rakyat bangunkan negara


SCRIPT secara keseluruhannya cuba untuk membawa wacana baru pasca pendemik Covid-19 di mana golongan pemerintah berbicara berkenaan isu kuasa sehingga melupakan berkenaan isu dokongan dan kepercayaan rakyat.


SCRIPT berbicara berkenaan penglibatan rakyat dalam membangunkan Malaysia dan tidak hanya meletakkan kepercayaan kepada politikus untuk menentukan arahtuju negara tercinta ini.


Matlamat yang boleh dipersetujui bersama oleh golongan pemerintah dan rakyat digariskan di dalam SCRIPT, kemudian penekanan penglibatan seluruh masyarakat diutamakan untuk mencapat matlamat tersebut.


__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Cabang Pandan

MANUSIA APA PERTARUH NYAWA RAKYAT BUAT PRU MASA BANJIR?


PRU BANJIR, SALAHKAN MENTERI PN?


PARLIMEN BUBAR, MENTERI JANGAN PAKAI ASET KERAJAAN


MEMILIH SARAPAN DARI 3 MENU PILIHAN


 

ELOK SANGAT SANGAT : PKR kekal tolak kerjasama dengan Dr Mahathir kerana mungkir janji





Pendirian menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dibuat bagi mengelak PKR ditipu sekali lagi, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung PKR itu berkata Pengerusi Parti Pejuang sudah memungkiri janji sebelum ini dan mereka tidak menolak sekiranya ia boleh berulang lagi selepas ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Saya terlibat sungguh-sungguh dalam mendamaikan Dr. Mahathir (Dr. Mahathir) dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi akhirnya Dr Mahathir hanya berbalas dengan khianat dan janji.

“Sebelum ini (PRU-14) kami bagi peluang dan kami bersangka baik serta letak (Dr. Mahathir) sebagai pilihan pertama (calon) Perdana Menteri walaupun PKR hampir terbelah dua ketika itu.

“Saya membantu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak ahli parti menerima Tun M pada waktu itu melawan UMNO dan (PRU-14) telah pun membuktikan bahawa UMNO boleh dikalahkan dan PKR boleh menjadi pemaaf pada waktu itu.

“Pengalaman hampir 2 tahun bersama (Dr Mahathir), sejarah berkawan dengan Tun M adalah sejarah khianat dan mungkir janji,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, Dr Mahathir menyalahkan Ketua Pembangkang, Anwar sebagai puncaPakatan Harapan (PH) enggan bekerjasama dengan gabungan politik diketuainya.

Dr Mahathir berkata masalahnya sekarang Presiden PKR itu yang tidak mahu bekerjasama dengan beliau walhal dirinya seorang yang baik dan mahu Anwar menjawab mengapa enggan menerima sebarang bentuk kerjasama dengannya.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya sebelum ini.

Dr Mahathir sebelum ini meletak jawatan dan tidak menepati janjinya untuk memberi Anwar menjadi Perdana Menteri dan menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat menjadi pengantinya selepas mendapat majoriti Ahli Parlimen.


Tiada nama anak Najib dihantar sebagai calon di Pekan


 

Anak Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa bersama ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri taklimat khas Presiden UMNO sebelum ini.

UMNO Bahagian Pekan mengesahkan tiada nama anak Datuk Seri Najib Razak dihantar untuk dipilih sebagai calon kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) depan.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly mengesahkan daripada lima nama yang dihantar kepada pusat untuk memilih calon tiada nama anak bekas Perdana Menteri bergelar banduan tersebut.

“Tidak ada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding,” katanya dipetik laporan Utusan.

Zamri menjelaskan sebaliknya kerusi Pekan akan dipulangkan semula kepada Najib selepas mendapat pengampunan.

“Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan,” katanya lagi.

Zamri bagaimanapun enggan mendedahkan empat nama selain Najib yang menawarkan diri bertanding di Pekan pada PRU-15 ini.

Namun, Zamri memberitahu anak lelaki Najib, Datuk Mohd. Nizar dicalonkan tetapi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos lalu mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

 

 

Sultan tak perkenan bubar DUN Perak, keputusan kemudian: MB



Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohammad pada sidang media setelah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini (12 Oktober 2022).

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan hari ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohammad selepas menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Saarani berkata Sultan akan mengumumkan keputusannya mengenai perkara itu kemudian.

“Saya berjumpa dengan Tuanku Sultan dan memaklumkan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen pada Isnin, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya juga memaklumkan kepada baginda bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah meminta semua negeri untuk mengambil langkah perlu bagi membubarkan DUN mereka untuk mengadakan pilihan raya serentak.

“Saya sampaikan surat meminta DUN dibubarkan kepada Sultan dan baginda menerimanya.

“Sebarang keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan oleh baginda tidak lama lagi,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Ipoh, menurut MalayMail.

Bagaimanapun, Saarani menegaskan bahawa perkembangan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia adalah hak Sultan untuk memutuskan permintaan Menteri Besar bagi membubarkan DUN.

Beliau berkata beliau akan menghadap Sultan Nazrin sekali lagi sebaik sahaja baginda memutuskan.

Saarani kemudian berkata kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa sehingga keputusan dibuat mengenai perkara ini.

Pada Isnin, Ismail Sabri mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal, tidak mengendahkan rayuan rakyat supaya tidak mengadakan pilihan raya sehingga tahun depan, ketika negara bersiap sedia menghadapi banjir tahunan.

Seperti kebanyakan negeri lain, penggal DUN Perak hanya tamat tahun depan, tetapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mengarahkan semua kerajaan negeri di bawah pentadbirannya – Perlis, Perak dan Pahang – untuk meminta pembubaran bagi menyegerakkan PRU-15.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan mengadakan sidang khas bagi membentangkan undang-undang antilompat sebelum dibubarkan, Saarani mendakwa ini tidak perlu sekarang.

“Kita pasti boleh membentangkannya selepas pilihan raya umum,” katanya.

 

 

INI VIDEO WAJIB TONTON UNTUK BAKAL-BAKAL PENGUNDI BN


 Sejak semalam tular satu video petikan ucapan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dalam suatu program MIC yang diadakan menjelang pembubaran Parlimen, baru-baru ini.

Khusus kepada bakal-bakal pengundi BN, mereka wajib menonton video tersebut dan mengetahui kenapa Zahid Hamidi mahu sangat-sangat BN menang pada PRU15 akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan, dengarkan bait-bait ucapan Zahid Hamidi itu, mereka nak BN menang bukan untuk membela rakyat atau memajukan negara ini, tetapi untuk menyelamatkan tengkuk mereka semata-mata.

Sebab itu, kata beliau, BN mesti menang PRU15 nanti yang dianggap ibu segala pilihan raya.


Kalau tidak ada berbuat apa-apa yang salah, kenapa takut dengan kemenangan pihak lawan?

Apakah dengan kemenangan BN, ia bererti mereka akan menggunakan kuasa politik untuk menutup semua salah laku yang telah dilakukan?

Dengarkan juga nama-nama yang disebut Zahid Hamidi itu, apakah ia bermaksud semua mereka itu sudah ada kekotoran dan perlakuan melanggar undang-undang yang sedia menanti?

Maknanya, undi rakyat yang diharapkan memenangkan BN nanti hanyalah untuk menyelamatkan mereka itu, termasuk Zahid Hamidi sendiri yang belum selesai perbicaraan berkaitan pecah amanah dan penggubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Terjawablah juga kenapa UMNO beria-ia mahu PRU disegerakan, walau di musim tengkujuh dan mungkin banjir sedang melanda sekali pun.

Berdasarkan pengakuan Zahid Hamidi tentang tujuan kemenangan BN itu, apa jadi akhirnya kepada nasib rakyat?

Ternyata rakyat bukanlah keutamaan perjuangan dan tujuan kemenangan mereka.

Masih sanggupkah tuan-tuan dan puan-puan memberi undi kepada BN? – ShahbudinHusin 12/10/2022.



PH setuju kerjasama dengan Parti MUDA, tapi bukan diterima masuk


 

Parti Muda menyatakan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU-15.

Blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) memberi lampu hijau bagi permohonan  Parti MUDA dipimpin Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Bagaimanapun, persetujuan tersebut hanya melibatkan hubungan kerjasama untuk menghadapi kempen PRU-15 dan bukannya diterima masuk dalam gabungan PH atas alasan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi meneliti kerjasama itu akan meneruskan perbincangan bagi memutuskan soal kerusi dan logo.

“Seperti mana diumumkan, ia akan diteruskan dan ada jawatankuasa sedang berunding untuk meletakkan beberapa perkara bagi persefahaman bersama.

“Begitu juga berbincang seterusnya, kalau dipersetujui, tentang kerusi dan logo… dan kita tiada halangan,” katanya dipetik laporan media malam ini.

Presiden MUDA, Syed Saddiq pada bulan lalu mengumumkan parti itu berhasrat menyertai PH sebagai antara parti komponen dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU-15.

Terdahulu, Syed Saddiq berkata partinya meletak sasaran untuk bertanding di 15 kerusi Parlimen pada PRU akan datang termasuk di Parlimen Muar, yang kini diwakilinya.

Namun, perkembangan ini dijangka bakal menerima tentangan dikalangan akar umbi PKR yang kebelakangan ini kurang senang dengan tindak-tanduk pemimpin MUDA.


ZAHID HAMIDI KINI SUDAH JADI BEBAN KEPADA BN, LEBIH BAIK TIDAK BERTANDING LAGI

 

Susulan tularnya video ucapan Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung MIC yang menyebut kemenangan BN dalam PRU15 adalah penting untuk mengelakkan pemimpin-pemimpin gabungan itu daripada didakwa di mahkamah, ini bermakna satu lagi beban baru muncul berkaitan Pengerusi BN itu.

Ucapan beliau itu memberi gambaran kemenangan BN cuma untuk digunakan sebagai perisai bagi mengelakkan pendakwaan di mahkamah terhadap pemimpin-pemimpin yang bermasalah, bukan sama sekali untuk memperjuangkan masalah rakyat.

Bersandarkan ucapan Zahid Hamidi itu juga, manifesto BN kali ini sudah boleh difokuskan kepada satu agenda saja – menyelamatkan pemimpin-pemimpin kami yang pecah amanah dan suka makan rasuah daripada pendakwaan di mahkamah.

Jika sebelum ini Zahid Hamidi diketahui memang merupakan beban kepada BN kerana masih mempunyai 47 kes mahkamah yang sedang berjalan dan kemudian diikuti sikapnya yang berterusan menekan serta mendesak Perdana Menteri agar segera membubarkan Parlimen yang mana tindakan itu difahami lebih untuk menyelamatkan dirinya kerana dijangka keputusan kesnya akan diketahui sebelum tibanya tahun 2023, beban yang baru ini menjadikan BN sebenarnya lebih bermasalah lagi untuk meraih kemenangan.

Dengan reaksi netizen yang semuanya amat negatif terhadap kandungan ucapan beliau itu dan ia kini disebarkan secara meluas melalui pelbagai medium media sosial yang lain, yang nyata kebencian kepada BN bakal bertambah lagi.

Beberapa pemimpin UMNO yang ditanya reaksi mereka turut geleng kepala dengan intipati ucapan Zahid Hamidi yang ditafsir menggambarkan apa yang ada dalam hatinya.

Kata mereka, ucapan itu makin melemahkan BN dan menyediakan laluan lebih sukar untuk meraih kemenangan.

“Siapa yang mahu mengundi BN jika Pengerusi BN sendiri bercakap secara terang bahawa kemenangan dalam PRU15 adalah bagi mengelakkan mereka didakwa di mahkamah.

“Ini secara langsung memberi gambaran semua pemimpin utama BN yang beliau sebutkan namanya itu memang bermasalah dan ada kes perlanggaran undang-undang yang telah dilakukan,” ujar seorang pemimpin UMNO dari sebuah bahagian di utara tanahair.

Dalam keadaan tersebut, mahu tidak mahu, beban sebenar dan terbesar bagi BN di ketika ini ialah ada pada Zahid Hamidi sendiri.

Dengan kes mahkamahnya, tindakannya sentiasa menekan Perdana Menteri sehingga kerajaan jadi tidak stabil, malah Agong sendiri melahirkan kekecewaan atas ketidakstabilan itu dan kini ucapannya mahu menggunakan kuasa politik bagi melindungi pendakwaan di mahkamah, termasuk dirinya sendiri, semua itu sudah cukup sebagai bahan untuk dijaja sebagai hadaman kepada rakyat untuk mereka menolak BN.

Sebagaimana dalam PRU14 lalu, beban itu adalah milik Najib Razak dan dengan kesatuan hati yang ditunjukkan rakyat, BN akhirnya dapat dikalahkan dalam pilihan raya tersebut berikutan kedegilannya enggan berundur.

Maka, tidak mustahil dengan beban itu kini milik Zahid Hamidi, BN bakal ditumbangkan sekali lagi.

Ia kecuali dapat dielakkan jika Zahid Hamidi memutuskan dirinya tidak bertanding lagi.

Selagi beliau masih bertanding dalam PRU15 nanti, beban tersebut tidak akan berkurangan, malah menjadi suatu kelebihan kepada pihak lawan untuk mengajak rakyat menolak BN bagi tujuan memberi hukuman kepadanya.

Zahid Hamidi kini harus sedar beban besar yang ada pada dirinya itu dan hanya dengan beliau tidak bertanding saja beban itu dapat ditiadakan, seterusnya mungkin memberi laluan lebih selesa untuk BN mencapai kemenangan.

Percayalah, jika Zahid Hamidi tetap bertanding juga, cukup dengan dipertontonkan video itu saja sudah mencukupi untuk pakcik dan makcik di kampung-kampung menolak dan membenci BN.

Mereka memberi undi dengan harapan nasib mereka dibela, bukan sebagai laluan bagi pelahap rasuah dan pecah amanah diberi ruang terus bermaharajalela. – ShahbudinHusin 12/10/2022.


TERKINI DARI RAFIZI RAMLI! : KRETERIA CALON PASTI TIDAK SEPERTI PENGKHIANAT AZMEN D...

KENYATAAN TERKINI YB NURUL IZZAH SELEPAS PARLIMEN SIBUBARKAN!!

Husam Musa: Pembubaran Parlimen, Selamatkan Kelantan

Sany Hamzam: Mereka Rompak Duit Rakyat Dalam Negara Ini, Adakah Kita Nak...

CERAAMAH SULON HUSAM MUSA








Ceramah sulong Dato Husam Musa, Pengerusi Save Kelantan sempena Pembubaran Parlimen di Tumpat malam ini kerja sama dengan PKR Cabang Tumpat.

Berberapa topik disentuh berkaitan pentadbiran, air kelantan, royalti, sukan, lebuhraya, pengambilan tanah, kemusnahan hutan, isu peluang pekerjaan, ekonomi dan lain-lain di Kelantan

Meriah sambutan malam ini. Terima kasih semua.

Selamatkan Kelantan, Ayuh Malaysia.

~ Admin

 

MANIFESTO MIC NAK BEBASKAN NAJIB

 

Ni serius kelakar wei. Orang buat manifesto nak bantu rakyat. MIC punya manifesto nak bebaskan Najib. Apa dia cuba buat ni? Padahal kita punya bersyukur Najib kena penjara. Selamat rakyat. Dia boleh nak bebaskan?

Ini macam pawang dah kurung toyol dalam botol. Datang si bangang pergi buka tutup botol. Bebas balik la si toyol. Baru orang kampung nak aman, habis kena curi lagi duit. Macam ni punya orang pun ada.

Memang patut orang India tolak MIC secara total. Langsung tak faham aspirasi rakyat. Punya banyak isu yang dihadapi oleh masyarakat India di Malaysia, bebaskan Najib jugak dia perjuangkan. Parah… Guane boh?

Raja Gelap

 



2/3 MAJORITI

 

2/3 MAJORITI

1. Hari ni kita nak cakap pasal data dan statistik. Kalau orang tanya apa itu Pilihanraya? Ia “Game of Numbers” bilang orang politik.

2. Kita bercakap tentang PRN baru2 ni. Di PRN Melaka peratus keluar mengundi ialah di bawah 65% and di PRN Johor lagi teruk pula, hanya 55%. Ini antara terendah dalam sejarah.

3. 2 punca utama ialah, ketika itu masih pandemik, orang takut jangkitan Covid. Kedua, ramai pengundi kena political fatigue. Pengundi luar tak turun ke Melaka dan Johor untuk mengundi.

4. Kita juga perlu tahu dinamik pengundi parti. BN teras pengundi nya masyarakat setempat, penduduk separa bandar dan kampung2. Berkongsi dengan PN juga kelompok yang sama.

5. PH pula kebanyakan penyokong luar yang duduk di bandar2. Pulang ke kampung untuk mengundi. Golongan atas pagar pula ikut suka mereka. Mereka pilih the lesser evil pada negara. Boleh tukar bila2 masa.

6. Makanya tak hairan, BN menang besar di Johor dan Melaka. Sampai dapat 2/3 majoriti. Walaupun hanya dengan sokongan 20% peratus lebih saja total pengundi.

7. Mereka hanya bergantung kepada penduduk setempat, pengundi tegar mereka. Namun, peratus sokongan mereka hanya sama. Takde peningkatan dari PRU14. Itu analisa pakar.

8: Pakar juga katakan, kalau PN dan PH bergabung ketika PRN, mereka boleh menang lebih besar. Seperti PRU14. Ini menunjukkan sentimen pengundi masih sama. Taklah menunjukkan rakyat sokong BN semula.

9. Sekarang game yang sama nak dibuat ketika PRU15 nanti. UMNO aim nak dapat 2/3 majoriti. Dan mengharapkan ramai tak keluar mengundi. Tu sebab nak buat PRU ketika musim banjir. Banjir2 pun mereka sanggup redah.

10. Kenapa 2/3 majoriti sangat penting kepada parti? Kerana mana2 parti yang dapat 2/3 majoriti boleh buat banyak benda. Dunia ini ana yang punya. Contoh, pinda Perlembagaan dan tukar peraturan Dewan Rakyat dan Negara.

11. Nak buat semula Akta Berita Palsu dan sewaktu dengannya, atau kenakan apa2 bentuk cukai nanti? Kacang je kalau dengan 2/3 majoriti. Takyah mengharapkan geng lawan punya undi. Boleh buat sesama sendiri.

12. Peraturan Parlimen pun mereka boleh bulldoze saja nanti. Suka hati.

13. Kita dengar 2 hari lepas, Presiden UMNO berucap dalam Persidangan MIC. Dia kata BN perlu menang besar ini kali. Agar pemimpin mereka tak kena tindakan kes nanti. Habis Tok Mat dan Presiden MIC diheret sekali.

14. Ada orang cakap mereka nak boikot piliharaya. Menyampah dengan politik kita. Saya kata jangan, pilih the lesser evil. Kita undi untuk negara, bukan untuk nak naikkan mereka saja2.

15. Satu benda kita kena tahu, kalau ramai boikot pilihanraya, ada kemungkinan satu parti akan dapat 2/3. Mereka boleh buat negara kita apa saja mereka suka.

16. Makanya keluarlah mengundi. The very least undi kita itu, will deny them the 2/3 majority.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

JANGAN LUPA MEREKA INI


 

Dah musim… Macam biasa kena letak tanda soal….

 


ORANG TAK NDAK KERJASAMA DENGAN NGKO PUN KAU KALUT

 

Baik sungguh...mungkir janji itu baik la klu gitu,buat himpunan melayu bermaruah semua pemimpin melayu wlupun berlainan parti di jemput tapi tidak Anwar ibrahim...sudah la atuk piraun.





TAK BOLEH PAKAI PUNYA KAWAN. PECAH LOBANG HABIS.

 


Aku ada tonton video Zahid Hamidi yang berucap dalam majlis MIC. Kata Zahid, kalau BN tak menang dalam PRU15 ni, bukan setakat dia, akan ada ramai lagi pemimpin BN lain yang bakal didakwa.


Antara nama yang disebut ialah Saravanan dan juga Hishamudin. Aku tak ingat satu persatu. Tapi aku tonton video tu sambil tersengih.


Jadi betullah yang pemimpin BN tu semua rasuah ye? Dan betul jugalah kelam kabut buat PRU awal sampai musim banjir pun dia nak redah sebab nak selamatkan kluster perasuah ni?


Dari ucapan Zahid, itulah perkara paling jelas yang kita lihat. Jadi memang betul pemimpin BN semua hidup dalam ketakutan. Mereka tambah tak tenang kerana Isnail ada MoU dengan PH, menyebabkan ugutan untuk tarik balik sokongan tak berkesan.


Rakyat tak boleh nampak ke? Ucapan Zahid seolah olah dia dah merancang nak salah guna kuasa bila dapat mandat besar nanti. Bayangkan kalau BN betul menang. Apa akan terjadi?


Dah tentu kluster perasuah ini akan dilepaskan. Dah tentu juga yang belum didakwa akan terselamat. Dan paling utama, tentu kerja menyakau akan jalan lebih lancar. Sanggupkah kita sebagai rakyat untuk biarkan ini terjadi?  Guane boh?


 

Raja Gelap