SEBUT JA BAB MENYAKAW NI. KALAU TAK MAHATHIR , NAJIB....LAIN LAIN MACAM TAU LA YA....


Norman Daud



 Semalam DS Anwar Ibrahim  sebut pasal  kerugian projek battersea power station di London. 




Lepas tu cam biasa .. ramai la menghentam tanpa usul periksa tanpa tahu pun ni projek apa. Mereak mereka ni memang tertunggu tunggu perkataan rugi keluar dari kerajaan terus mereka melompat menghunus keris.


Dia macam ni..


Pada Jun 2012 Konsortium Malaysia yang dianggotai oleh S P Setia Bhd, Sime Darby Property Bhd, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjaya menewaskan pembida antarabangsa lain (termasuk persaingan daripada kelab bola sepak Chelsea FC) untuk membeli tapak ikonik Battersea Power Station seluas 42 ekar di London.


Transaksi pengambilalihan tanah dimuktamadkan secara rasmi dengan harga pembelian asas sebanyak £400 juta (kira-kira RM2.2 bilion pada waktu tersebut).


Plannya nak buat Rancangan pembangunan hartanah bercampur mewah (Gross Development Value / GDV dianggarkan melebihi £8 bilion) yang merangkumi ribuan unit kediaman, ruang komersial/pejabat, pusat beli-belah, dan stesen tiub baharu.


Julai 2013 satu Majlis pecah tanah projek Battersea dirasmikan secara gilang-gemilang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri UK, David Cameron. Kejayaan ini diraikan secara meluas sebagai pencapaian korporat mega Malaysia di peringkat antarabangsa.


Tahun 2017 Fasa 1 (Circus West Village) siap dan mula diserahkan kepada pembeli. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pemulihan bangunan sejarah stesen kuasa utama (Fasa 2) mula berdepan dengan lonjakan kos pembinaan yang amat tinggi di United Kingdom.


Pada tahun 2018, Di bawah pentadbiran Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad, S P Setia dan Sime Darby Property melepaskan (menjual) pegangan aset komersial Fasa 2 (bangunan stesen kuasa utama) kepada dua entiti institusi kewangan awam Malaysia - Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan KWSP (melalui entiti PNB-Kwasa International 2 Ltd).


Nilai transaksi "bail out" ni dianggarkan bernilai £1.583 bilion (kira-kira RM8.35 bilion). 


Pemaju asal S P Setia & Sime Darby Property masa tu dah jem piston, jadi demi memastikan deme ni tak jual projek ni kepada negara luar, keputusan pengambilalihan projek ni dibuat.


Masa tu PMX dah pernah membuat desakan agar transaksi pengambilalihan RM8.35 bilion tersebut disiasat bagi memastikan tiada campur tangan politik atau salah guna dana awam.


Dan kemuncaknya semalam PMX mengesahkan secara rasmi projek ni mengalami kerugian akibat kos modal terlalu tinggi diperingkat awal.


Kerajaan memaklumkan pelan pemulihan kewangan pelaburan tersebut sedang giat dilaksanakan secara berterusan oleh pihak pengurusan.


Beliau juga meminta supaya Kes ini dijadikan iktibar rasmi kerajaan agar badan pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC/GLC) lebih berhati-hati, teliti, dan tidak terburu-buru melakukan pelaburan mega di luar negara


Jadi jelas ya.. PMX tak campur tangan dalam pelaburan ni sebab pelaburan ini dibuat sejak zaman Najib dan dibailout di zaman Tun M.






No comments: