Indonesia Gesa Jemaah Umrah Tidak Transit Di Malaysia, Singapura

 


IMG_9285

Jemaah umrah Indonesia digesa tidak transit di Malaysia atau Singapura dipercayai Prabowo ‘koyak’ dengan kritikan terhadap jerebu melanda negara itu.

JAKARTA, 27 Okt – Kerajaan Indonesia menggesa jemaah umrah di negara itu supaya tidak menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan yang memerlukan mereka melakukan transit di Malaysia dan Singapura.

​Timbalan Menteri Haji Indonesia, Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan nasional bagi mengukuhkan ekonomi tempatan selain memastikan keselamatan perjalanan.

​”Presiden Prabowo Subianto mahukan kedaulatan ekonomi. Perkara ini turut terpakai untuk pelaksanaan ibadah umrah dan haji.

Dahnil Anzar Simanjuntak berkata, jemaah disaran memilih penerbangan terus menggunakan syarikat penerbangan Indonesia pada 26 Oktober 2026.

​”Penerbangan terus adalah lebih selamat dari sudut penerbangan selain dapat mengukuhkan kedaulatan ekonomi negara,” katanya dipetik daripada laporan media tempatan, Sindo News, semalam.

​Mengulas lanjut, Dahnil turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas kerjasama erat diberikan dalam menganjurkan ibadah umrah untuk jemaah Indonesia.

​Menurutnya, pihak kerajaan mahu memastikan semua jemaah dapat menjalani ibadah dengan sempurna serta pulang ke tanah air dengan selamat.

Jemaah umrah Indonesia digesa tidak transit di Malaysia atau Singapura dipercayai Prabowo ‘koyak’ dengan kritikan terhadap jerebu melanda negara itu.

​Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan, Kementerian Haji Indonesia akan terus menyelaras kerjasama dengan persatuan Penyelenggara Perjalanan Ibadah Umrah (PPIU), syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

​Langkah itu penting bagi memastikan pelaksanaan ibadah umrah berjalan lancar serta memberi manfaat optimum kepada jemaah dan ekonomi negara berkenaan. – Agensi





No comments: