Wajibkan Penilaian Risiko Geologi: Sarawak Perlu Bersedia Walaupun Risiko Rendah

 


IMG_9879

Tindakan segera mesti dilakukan bagi mengurangkan impak terhadap gegaran gempa bumi di Sarawak serta Sabah.

BINTULU, 3 Nov – Sarawak wajar mewajibkan penilaian risiko terhadap kawasan yang ingin dibangunkan, termasuk aspek geologi, bagi memastikan struktur bangunan mampu menahan gegaran gempa bumi pada masa depan.

Walaupun Malaysia terutamanya di Kepulauan Borneo terletak di luar Lingkaran Api Pasifik, tetapi tidak bebas daripada risiko seismik. MetMalaysia mengenal pasti 14 titik panas gempa bumi di negara ini, termasuk Niah di Sarawak.

Gempa lemah bermagnitud 2.9 pernah dikesan di Mambong, berhampiran Kuching, pada Jun lalu. Gempa dalam berskala 6.8 di perairan Kota Kinabalu pada Februari turut dirasai di Sarawak walaupun risiko kerosakan rendah, dan Menteri Sumber Asli, Arthur Joseph Kurup, menyatakan gegaran mungkin lebih kuat di kawasan tanah lembut.

Itulah sebab penilaian geologi amat penting bagi pemetaan kawasan mana yang boleh didirikan sebarang binaan. Tanah lembut dan gambut, yang banyak di Sarawak, boleh meningkatkan magnitud gegaran, dan masalah penurunan asas turut menjejaskan keselamatan bangunan.

Penilaian tapak yang menyeluruh membolehkan jurutera memilih asas dan reka bentuk struktur yang sesuai sebelum pembinaan, bukan selepas masalah muncul.

Piawaian untuk reka bentuk seismik sudah ada melalui Lampiran Kebangsaan Eurocode 8 (MS EN1998-1), dan bangunan melebihi 10 tingkat disarankan mengambil kira beban seismik. Namun, ia perlu dikuatkuasakan secara konsisten, terutama untuk sekolah, hospital dan pangsapuri.

Kepulauan Borneo tidak terlepas daripada gegaran gempa bumi yang dikesan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Foto MetMalaysia

Menurut Penasihat SHEDA, Datuk Sim Kiang Chiok, menyatakan Sarawak berisiko rendah dan kebarangkalian gempa merosakkan dalam 50 tahun hanya sekitar dua peratus. Pemaju juga bimbang kos tambahan akan menjejaskan kemampuan membeli rumah.

Penyelesaian seimbang ialah penilaian berperingkat: syarat lebih ketat untuk bangunan tinggi dan kemudahan awam, manakala projek kecil mengikut garis panduan lebih ringkas. Keselamatan rakyat wajar diutamakan.




No comments: