SIAPA BAKAL KETUA PENGARAH JKOM?
7 Jun 2016
Mengikut laporan Berita Harian, Ismall Yusop akan mengakhiri perkhidmatannya sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), berkuatkuasa hari ini (7 Jun) selepas lebih setahun memimpin jabatan berkenaan.
Difahamkan, bekas Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) itu telah menyampaikan amanat terakhirnya kepada warga JKOM menerusi platform dalam talian, Google Meet, pada Jumaat lepas..
Ketika dihubungi BH, Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Abah bagaimanapun enggan memberi sebarang komen, sebaliknya meminta pengesahan dibuat dengan Kementerian Komunikasi.
"Tunggu esok. Periksa dengan Kementerian Komunikasi," katanya ringkas.
Tok Abah dilantik mengetuai JKOM sejak Januari tahun lalu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan perkhidmatannya pada September 2023.
Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha PKR Selangor dilantik sebagai Ketua Pengarah JKOM bermula 1 Mac 2023 bagi mengisi kekosongan jawatan itu yang sebelumnya disandang oleh Dr Mohammad Agus Yusof.
Dengan khidmat Tok Abah tidak disambung lagi, bermakna sejak PH mengetuai kerajaan pada 2022, sudah ada tiga Ketua Pengarah JKOM dan bakal ada calon yang keempat sebelum habis penggal PRU15.
Siapakah bakal KP JKOM yang keempat nanti?
Adakah ia daripada kalangan pemimpin PKR, tokoh akademik, profesional, pemain media pro PH atau kali ini akan diserahkan kepada pegawai kerajaan?
Beberapa nama disebut-sebut sebagai bakal KP JKOM yang baharu, tetapi tunggulah pengumuman Kementerian Komunikasi mengenainya.
Dengan pengisi jawatan tersebut paling kerap ditukar ganti, ini bermakna jawatan KP JKOM adalah kerusi paling panas dalam kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.
Sejak Dr Agus memegang jawatan tersebut, selain kerana beliau dikaitkan dengan “video Wahab” yang menggegarkan negara, paling menjadi tekanan ialah kemampuan KP JKOM berperanan mengetuai pembinaan naratif mengangkat imej kerajaan perpaduan dan menangani serangan maya daripada pihak lawan.
Semua tiga KP JKOM setakat ini diperkatakan oleh banyak pihak sebagai gagal berpeganan membantu serta menaikkan imej kerajaan.
Yang menariknya, kebanyakan krtiikan terhadap kemampuan KP JKOM selama ini bukan datang daripada pihak lawan, tetapi daripada dalam PH sendiri.
Sebab itu, siapa pun bakal dilantik sebagai KP JKOM selepas ini, cabaran di hadapan bukanlah mudah.
Jika ada silap sikit seperti lambat dalam susun atur kerja, tidak pantas menyerang balas, serangan tidak ampuh atau syok sendiri dan pasukan yang disediakan pula tidak cukup berpengalaman, maka bersedialah berdepan kritikan.
Tambahan lagi jika banyak kritikan itu datang daripada dalam PH, ia tentu lebih memedihkan berbanding jika pihak pembangkang yang mengktitiknya.
Apa lagi dalam keadaan kerajaan perpaduan ketika ini berdepan pelbagai cabaran, selain PRN Johor dan Negeri Sembilan yang bakal berlangsung, disertai pula PRU16 selepas itu, pemilhan siapa sebagai KP JKOM tentunya tidak boleh dibuat main-main.
Kalau tidak cukup kuat mental, silap-silap boleh lari malam dibuatnya. - ShahbudinHusin 07Jun2026.
No comments:
Post a Comment