Hentikan Budaya Rakyat Beratur Panjang Terima Bantuan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

BATU PAHAT, 7 Jun – Menamatkan amalan kuno yang merendahkan maruah rakyat, termasuk budaya memaksa golongan memerlukan beratur panjang termasuk mengheret warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) demi mendapatkan pengagihan bantuan kewangan, antara komitmen Kerajaan MADANI, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendekatan sedemikian tidak sepatutnya berlaku lagi dalam era digital kini kerana tindakan itu seolah-olah tidak menghormati rakyat serta menyamai sistem lapuk ratusan tahun dahulu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

“Saya tidak setuju kalau sekarang, tahun 2026, rakyat masih lagi perlu beratur (untuk terima bantuan).

“Ini bukan soal politik pilihan raya. Jangan anggap rakyat itu hamba …. Kita sekarang merdeka, berdaulat, rakyat ada harga, ada hak, ada kebebasan, ada semangat kemerdekaan,” kata beliau.

Ribuan rakyat menanti ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto Harapan Madani

Anwar berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Johor di sini, malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden KEADILAN dan Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN yang juga Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching.

Mengulas lanjut tentang reformasi sistem penyampaian bantuan, Anwar berkata Kerajaan MADANI kini mengutamakan kaedah penyaluran terus ke dalam akaun bank bagi memastikan kebajikan warganegara terpelihara dengan penuh hormat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 9.10 malam bagi menghadiri majlis pelancaran jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026. Foto PMO

Beliau mempersoalkan keperluan mengekalkan kaedah lama sedangkan bantuan kewangan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan bantuan awal persekolahan (BAP) kini boleh dikreditkan secara langsung.

Anwar berkata langkah memasukkan bantuan kewangan secara terus perlu dilaksanakan supaya tiada lagi pihak terpaksa beratur panjang untuk menerima bantuan, sekali gus mencerminkan keprihatinan tinggi kerajaan terhadap maruah rakyat.




No comments: