PM Anwar Bakal Lakukan Lawatan Rasmi, Dijadual Bertemu PM Sanae Takaichi

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Jepun bermula 8 Jun 2026 dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi. Foto X Anwar Ibrahim

TOKYO, 7 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan lawatan rasmi selama tiga hari ke Jepun bermula esok serta mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi.

Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Minoru Kihara, berkata, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan antarabangsa, termasuk perkembangan situasi di Asia Barat serta kerjasama dalam bidang keselamatan dan ekonomi seperti dipetik agensi media NHK World.

Kihara berkata, Jepun dan Malaysia telah membina hubungan kukuh sebagai rakan strategik komprehensif yang berkongsi nilai serta prinsip asas yang sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia Nikkei Ke-31 di Tokyo pada 10 Jun 2026.

Beliau turut menegaskan hubungan dengan Malaysia adalah penting dalam merealisasikan visi Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka yang dikemas kini oleh Jepun.

Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia Nikkei Ke-31 di sini pada 10 Jun.

Berdasarkan agenda yang diterbitkan penganjur, Anwar membuka sesi utama persidangan itu pada jam 9.40 pagi waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuka sesi utama persidangan itu pada jam 9.40 pagi waktu tempatan (8.40 pagi waktu Malaysia).

Persidangan yang menghimpunkan pemimpin politik, tokoh korporat dan pakar antarabangsa itu mengangkat tema “Where Great Minds Shape Tomorrow” dengan tumpuan kepada perbincangan mengenai hala tuju ekonomi, geopolitik serta pembangunan masa depan rantau Asia.

Beberapa pemimpin dan tokoh berpengaruh serantau yang dijadualkan hadir termasuk Presiden Timor-Leste, Jose Ramos-Horta; Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone; Timbalan Perdana Menteri Thailand, Sihasak Phuangketkeow serta Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Le Tien Chau.

Esok satu sidang media pembuka tirai diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo oleh Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany bagi memperincikan lawatan kerja Perdana Menteri semasa tempoh berkenaan.




No comments: