MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TURKEY BANGUNKAN VTOL MALE UAV YANG MAMPU TERBANG SEHINGGA JARAK MAKSIMA 1200KM"











Selain berjaya membangunkan UAV jarak jauh FW300 dan MALE UAV Putra Langkasa. Syarikat Boomslang Dynamics Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Perlis juga telah  berjaya membangunkan sebuah lagi MALE UAV (VTOL). MALE UAV tersebut dikenali sebagai VH150.


MALE UAV VH150 inj mempunyai flight range sejauh 1200km. Dimana MALE UAV VH150 inj adalah MALE UAV buatan tempatan yang mempunyai jarak penerbsngan paling jauh. Malah jarak penerbangan mengatasi MALE UAV Putra Langkasa yang mempunyai jarak maksima operasi sejauh 900km. Dimana MALE UAV Putra Langkasa juga dibangunkan oleh syarikat tersebut dengan  dua IPTA yang sama.


MALE UAV VH150 ini adalah seberat 150kg dan mampu terbang tanpa henti selama 12 jam.  Kelajuan cruise UAV ini adalah 100km/j dan UAV ini mampu membawa bebanan sehingga 40kg. Manakala lebar sayap MALE UAV VH150 adalah 6.9 meter.


Seperti UAV FW300 yang menggunakan sistem panduan kawalan menggunakan SATCOM (satelit komunikasi). MALE UAV VH150 ini juga menggunakan panduan kawalan SATCOM. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, MALE UAV VH150 ini juga adalah hasil pemindahan teknologi UAV canggih dari negara Turkey kepada negara kita Malaysia.


Melalui penghasilan dan pembangunan sistem UAV FW300 jarak jauh dan MALE UAV VH150 oleh Syarikat Boomslang Dynamics Sdn Bhd, UniMAP dan Politeknik Perlis. Jelas menunjukan negara kita Malaysia mula beralih daripada teknologi UAV jarak dekat kepada teknologi UAV jarak sederhana dan jauh pada masa sekarang ini.




No comments: