Che Ibrahim
Pembangkang sengaja mainkan naratif PMX, PH, Dap telah menghina raja raja melayu dalam krisis istana N9 untuk menutup usaha mereka mengguling Tengku Mukhriz sebagai Yam DiPertuan Besar N9 dan menabalkan orang lain sebagai pengganti.
Langkah awal untuk jatuhkan Tengku Mukhriz ialah dengan jatuhkan Aminudin, MB yang berdiri teguh dibelakang Yam DiPertuan Besar N9.
Bila langkah mereka semakin gagal, lalu mereka mainkan naratif PMX gagal menjaga raja raja melayu, jahat sungguh perut pedal puak ni.
WAJARKAH SEORANG RAJA MELAYU DIPECAT TANPA PROSIDING YANG TERATUR?
Ambo pernah terlibat dengan Jkuasa Tatatertib Penjawat Awam, bukan senang untuk pecat atau turun pangkat seorang kakitangan kerajaan, kena ikut prosedurnya, kalau ada cacat dlm prosiding tatatertib, boleh menyebabkan tindakan menjadi tidak sah dan terbatal.
1. Kena buat aduan atau laporan ke Jawatankuasa Tatatertib,
2. Kena ada Siasatan Dalaman,
3. Kena jelas tindakan yang diambil bagi tujuan buang kerja atau bukan tujuan buang kerja.
4. Bila Jkuasa Tatatertib kata ada "prima facie", kena buat keluar surat tunjuk sebab dulu.
5. Pegawai hendaklah diberi peluang yg secukupnya untuk membela diri.
6. Pertuduhan dan represantasi pegawai tersebut perlu dibincang dalam Jawatankuasa Tatatertib yang ada kuasa mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai itu.
7. Pegawai perlu diberi peluang membela diri.
8. Selepas keputusan dibuat, pegawai ada hak membuat rayuan kepada Jkuasa Rayuan Tatatertib.
Adakah Undang Luak atau Adat Pepatih tidak memerlukan atau terikat dengan apa apa prosiding untuk memecat Yam DiPertuan Besar?

No comments:
Post a Comment