KENAPA BEGINI?



Apabila Hitler membunuh orang Yahudi, seluruh dunia bangkit menentang. Lahirlah istilah anti-semitism. 


Tetapi bila Donald Trump, yang mengaku memberi senjata kepada Israel, yang diguna untuk membunuh lebih 70,000 rakyat Palestin termasuk puluhan ribu kanak-kanak, dia disanjung.


Yang paling pelik, yang memuji itu bukan orang Barat. Yang memuji Trump itu negara Islam. Yang bersorak itu bangsa Arab.


Hitler dibenci Eropah kerana membunuh Yahudi. Trump disanjung Arab walaupun membunuh Palestin.


Trump takut ke Eropah kerana rakyat di sana sudah muak dengan kekejaman. Tapi dia selesa ke dunia Arab, kerana tiada siapa berani bersuara.


Itulah dunia hari ini.

Yang membunuh disanjung.

Yang dizalimi dilupakan.

Umat Islam, bangkitlah dari lena.


MOHAMAD SABU

Presiden Parti Amanah Negara

Selasa, 21 Oktober 2025




No comments: