Penyeludupan: Kerajaan Pusat Lulus RM1.5 Bilion Bina Tembok Sempadan

 


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

KOTA BHARU, 21 Okt – Kerajaan Pusat sudah meluluskan peruntukan RM1.5 bilion bagi pembinaan tembok sempadan di Kelantan-Thailand.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

“Peruntukan sudah lulus untuk membina tembok dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar sudah melakukan lawatan di sempadan.

Aktiviti penyeludupan bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah dilarang keras dalam ajaran agama tanpa kompromi atas apa alasan sekalipun.

“Bagi kawasan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) akan ditambah pagar.

“Manakala bagi kawasan terbuka akan dibina tembok dan projek berkenaan dijangka dilakukan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini

Media sebelum ini melaporkan, pembinaan tembok keselamatan di sepanjang Sungai Golok, Rantau Panjang di Pasir Mas kini bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan strategik untuk mengekang penyeludupan sekali gus mempertahankan kedaulatan negara di sempadan Kelantan-Thailand.

Pasukan keselamatan melakukan rondaan di sepanjang Sungai Golok bagi mengekang penyeludupan barangan bersubsidi yang sepatutnya menjadi hak mutlak rakyat Malaysia.

Mohd Yusoff sebelum ini dilaporkan berkata, hal ini kerana bentuk geografi Sungai Golok yang sempit dan airnya cetek menyebabkan kawalan keselamatan sukar dilaksanakan secara konvensional, meskipun dengan bantuan teknologi tinggi seperti kecerdasan buatan, dron atau kamera litar tertutup (CCTV).

– Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim





No comments: