Kibar Bendera Isr*el: Kertas Siasatan Dirujuk Kepada Pendakwaan Negeri

 


Tindakan penganjur di Kelantan mengibarkan bendera rejim haram Zionis Israel dilarang kerana termasuk dalam perbuatan yang melampaui batas syarak apabila menzahirkan pengiktirafan terhadap kezaliman dan menyinggung sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

KOTA BHARU, 21 Okt – Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pengibaran bendera Israel di Sungai Kelantan sudah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, seramai lapan orang diambil keterangan termasuk pencetak bendera dan penganjur himpunan menyokong Palestin bagi melengkapkan siasatan setelah isu berkenaan tular di media sosial baru-baru ini.

“Untuk kes kibar bendera Israel, kita merakam lapan keterangan meliputi pihak penganjur, pencetak bendera dan mereka yang melakonkan watak di program berkenaan.

Kebodohan penganjur amat ketara kerana memberi ‘penjelasan’ kononnya pengibaran bendera Israel hanya sebuah ‘lakonan’.

“Bendera itu dicetak sendiri oleh pihak mereka. Siasatan kes sudah selesai dan kita menunggu maklum balas daripada pihak PPN untuk tindakan selanjutnya.

“Saya mengingatkan semua pihak supaya sensitif dengan perkara tertentu. Walaupun niat mereka untuk lakonan dengan mengibarkan bendera Israel, namun ia tetap menjadi kesalahan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan beberapa pihak dari kalangan mufti dan pemimpin termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pihak berkuasa menyiasat insiden berkenaan selain kes tulisan Hebrew yang dikesan di Melaka.




No comments: