Tiada Keperluan Pendekkan Tempoh Lawatan PM Anwar – Fahmi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi ABAC bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto di Lima, Peru. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 15 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu memendekkan lawatan rasmi beliau ke luar negara untuk menyelesaikan isu dalam negara.

Jurucakap kerajaan, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, apa jua permasalahan boleh dijawab oleh Perdana Menteri di mana sahaja beliau berada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap sebagai seorang panel pada Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dalam sesi bertajuk ‘Peluang dan Cabaran dalam Revolusi AI’ di Lima, Peru pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perdana Menteri akan kembali ke Malaysia, insya-Allah Rabu depan dan sudah pasti dalam zaman sekarang sekiranya perlu beliau menjawab apa-apa isu atau pun memberi komen ia boleh dibuat di mana saja beliau berada.

“Jadi, saya lihat itu tidak ada isu dan beliau telah menyatakan bahawa untuk memohon perlindungan secara blankets itu tidak mungkin perlu mengikut proses dan berlandaskan undang-undang sedia ada dan kita pohon supaya pemberi maklumat ini buat laporan dengan pihak SPRM,” katanya pada sidang media mingguan selepas mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media di kementeriannya hari ini. Foto Bernama

Dalam pendedahan itu, butiran perbualan tersebut melibatkan ahli perniagaan yang menawarkan RM3 juta untuk mendapatkan kouta atau lesen untuk masuk ke kawasan yang dimahukan.