Usai sesi dialog saya kemudiannya menyertai pemimpin perniagaan dalam kalangan Ekonomi APEC dalam sesi makan tengah hari yang dihoskan oleh Pengerus APEC Business Advisory Council (ABAC) Malaysia merangkap Pengerusi Eksekutif Westport Datuk Ruben Emir Gnanalingam.
Dalam sesi ini saya bertukar pandangan dengan mereka selain berkongsi aspirasi Malaysia terkait hal perdagangan dan pelaburan sekali gus mengajak mereka untuk melabur di negara kita.
Saya tekankan dasar Kerajaan MADANI yang jelas dan penekanan terhadap memudahcara perniagaan yang menjadikan ekosistem perniagaan di Malaysia lebih kompetitif.
#MalaysiaMADANI
#APEC2024