PENULIS: Dalam perjalanan ke Nenggiri (sehari sebelum mengundi) saya hubungi pakar penganalisis dan strategi UMNO, kata saya nak belajar dengan UMNO bagaimana nak tackle pengundi Melayu.
Dia ketawa sahaja dan memaklumkan kepada saya BN lead 4 mata iaitu sehari sebelum tarikh mengundi.
Kemenangan ini dianggap luar biasa kerana sebelum ini dalam siri PRK kesemua penyandang memenangi semula atau dalam maksud lain mempertahankan kerusi.
Kali ini Pas tewas dan kesemua dakwaan penganalisis politik tidak boleh diguna pakai di Nenggiri termasuk saya sendiri. Ia benar-benar membuatkan kita hairan bagaimana undi Melayu berpihak kepada BN.
Saya tidak menyebut PH kerana undi PH biasanya akan solid kepada Kerajaan Perpaduan. Ini kerana undi UMNO khasnya yang berlaku undi sabotaj dari ahli mereka sendiri. Jadi semua andaian sebelum ini oleh penganalisis politik tersasar.
Pertama kawasan majoriti Melayu akn dikuasai Pas, kedua kawasan luar bandar akan dikuasai Pas, negeri Kelantan totok Pas, penyandang pasti menang, orang Melayu menolak Anwar dan Zahid, diesel Melayu topak Kerajaan Perpaduan. Semua itu tidak berlaku di Nenggiri.
UMNO sudah bangkit?
Kemenangan di Nenggiri mempunyai indikator yang sangatt besar kepada UMNO sendiri. Parti ini sudah bangkit dan mahu tidak mahu saya kena ucapkan tahniah lah kepada Dr Akmal kerana kejayaannya menarik anak-anak muda Nenggiri menyokong Kerajaan Perpaduan.
Hanya dalam tempoh setahun undi BN meningkat 3384 undi, manakala Pas kehilangan hampir 700 undi. Maksudnya pengundi UMNO yang dulu mengundi Pas kerana termakan hasutan persepsi telah kembali ke pangkal jalan.
Ada dua PDM, satu hanya seorang sahaja yang pilih ‘syurga’ dan satu lagi PDM hanya 5 org pilih ‘syurga’ yang lain semua ‘neraka’ jika mengikut tafsiran orang Pas.
Saya bukan mahu mengambil kredit tetapi dalam hati kecil berkata formula yang pernah saya sebut (2023) mesyuarat media dan rakan-rakan parti saya sewaktu PRN dahulu… “Jangan fokus kepada ceramah-ceramah tetapi lebih kepada personal touch”. Tapi ada suara sumbang menafikan. Malas nak gaduh dalam mesyuarat.
Siapa lah saya untuk parti mendengar pandangan saya. Tapi UMNO menggunakan formula ini, menurut pakar strategi parti itu 2 minggu sebelum pilihan raya ketika saya hadir mesyuarat di pejabat UMNO.
Alasan saya ketika itu ialah siri ceramah-ceramah mega atau kelompok era sekarang ini 80% dihadiri oleh orang luar atau ahli parti dan bukan pengundi kawasan. Pengundi atau orang kampung dah tak minat datang ceramah.
Jika ada 30 orang hadir ceramah kelompok hanya 6-7 orang pengundi kawasan yang lain semua orang luar yang turun berkempen dan jika 500 hanya 100 pengundi sahaja.
Pas tertipu di Nenggiri
Pas juga tertipu di Nenggiri kononnya yang hadir itu ramai tanda sokongan tetapi rupanya penyokong atau ahli mereka dari luar. Ia tidak berkesan dan ceramah kelompok era sekarang adalah lebih style group study macam di IPT.
Dalam skala yang kecil 10 orang hadir, jauh lebih penting jika kesepuluh orang itu pengundi bukan pengampu politik. Ia lebih berkesan selain ziarah rumah ke rumah bercakap dari hati ke hati dengan pengundi.
Yang lain banyak gunakan media sosial cuma cara kita sekarang ini salah. Saya tidak boleh memperincikan strategi di sini tetapi apa yang saya katakan pendekatan itu salah. Proposal mengenainya hampir 90% siap hanya tunggu masa pimpinan sudi mendengarnya.
Personal touch rumah ke rumah, berborak di warung cara yang santai, ziarah orang-orang sakit dan hadir ke majlis kenduri dan sebagainya itu ramuan paling mujarab untuk kempen di luar bandar terutamanya. Bila pengundi dapat luahkan pemasalahan setempat, mereka akan rasa lebih dihargai.