Orang cina tak ramai masuk makan kedai melayu bukan kerana sentimen kaum, tetapi kerana selera makan. Makanan yang disediakan di kedai kedai melayu tidak banyak yang memenuhi citarasa masyarakat bukan melayu.
Adapun orang melayu tidak masuk makan kedai cina lebih kepada faktor meragui kesucian (halal) makanan yang disediakan. Adapun masakan mereka boleh memenuhi citarasa berbagai kaum.
Namun begitu, adalah tidak dinafikan sentimen kaum sedikit sebanyak ada mempengaruhi isu masuk atau tidak masuk makan di kedai penjualnya berbangsa lain.