MENYAMBUT KETIBAAN MENTERI ARAB SAUDI .



 Semalam saya telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Dr. Majid Al-Kassabi, Menteri Perdagangan & Pengerusi Pusat Daya Saing Negara, Kerajaan Arab Saudi serta delegasi seraya diapit oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.











Arab Saudi adalah rakan dagangan Malaysia yang paling penting di Asia Barat. Lawatan itu tepat pada masanya dalam mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik melalui kerjasama pragmatik dalam semua bidang, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan. 


Dalam pertemuan ini, kami bersetuju bahawa adalah penting bagi kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam meningkatkan perdagangan dua hala serta mengembangkan peluang pelaburan. Ini termasuk meningkatkan kerjasama dalam sektor-sektor baharu seperti perkhidmatan, teknologi dan inovasi. 


#MalaysiaMADANI



No comments: