PMX DI MELAKA.

 Tiba di Melaka dan terus ke Taklimat Pembangunan Negeri yang disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.










Pelbagai aspek pelan pembangunan dan perancangan terkait ekonomi, kesihatan, pendidikan dan prakarsa lain dibentangkan demi perubahan, kemajuan serta kemakmuran negeri bersejarah ini.


Usai, saya kemudian hadir majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC seraya menyampaikan amanat antaranya perihal tanggungjawab mahupun jawatan, bukanlah satu keistimewaan tetapi harus sentiasa perbaiki kecekapan masing-masing.


Soal kebijaksanaan dan amanah harus dijulang seiring dengan sistem nilai tanpa melibatkan hasad dengki, nafsu serakah membolot kekayaan hatta dendam kesumat tiada penghujungnya.


Marcapada menuntut pentadbiran termasuk kerajaan negeri didukung penjawat awam untuk lebih mendampingi teknologi baharu tanpa melupakan nilai jati diri dan kemahiran insaniah.


#MalaysiaMADANI



No comments: