MB KELEPIAQ- APA PUNYA KOMAN SPANA


Saiful Izham











 Seronok dengaq semalam penjelasan YAB MB kelepiaq nak pelepaih Kedah FA bawah kepimpinan dia sebagai pengerusi KFA. Dia pi tala dan suruh pi tanya bab gaji kat Kedah Darulaman Football Club (KDA FC), yg menguruskan pasukan bolasepak Kedah. Lepaih tu dia kenen SPRM pulak, suruh ambik alih pengurusan bagi gaji pemain2 bola team bola Kedah.


Dia lupa nak habaq yg gaji pemain bola Kedah tertunggak dah 5 bulan, tapi siasatan SPRM terhadap KDA FC baru mola awai Januari 2024


Dari carian di SSM setakat 8/2/2024, Kedah FC diuruskan oleh sebuah syarikat bernama Darulaman Football Club Sdn Bhd (DFCSB).

 

Syarikat ni ditubuhkan pada 24-09-2020 dengan saham berbayaq sebanyak 1001 saham. Alamat tempat menega depa pulak di Aras Satu, Astaka Utama, Stadium Darulaman.


Pemegang2 Saham syarikat DFCSB pulak ialah:

1. Haji Muhamad Radhi bin Mat Din - 210 saham

2. Khamal Idris bin Ali - 140 saham

3. Tan Sri Dr Mohd Daud bin Bakar - 511 saham

4. Zulkifli bin Che Haron - 140 saham


Pengarah2 Syarikat DFCSB pulak ialah

1. Khamal Idris bin Ali  (Dilantik pd 24/09/2020)

2. Zulkifli bin Che Haron (Dilantik pd 24/09/2020)

3. Haji Muhamad Radhi bin Mat Din (Dilantik pd 22/11/2022)


Dari rekod jugak, CEO KDA FC pulak adalah seorang lelaki bernama Khamal Idris bin Ali. Gaji dia saya tak tau banyak mana.


Dari rekod satu lagi, CEO Kedah FA pulak adalah seorang lelaki bernama Zulkifli bin Che Haron. Beliau adalah bekas calon PAS untuk DUN N13 Kota Darulaman.


Seorang lagi Pengarah/pemilik saham dalam syarikat DFCSB adalah seorang lelaki bernama YB Haji Muhamad Radhi bin Mat Din yang juga merupakan Naib Presiden Kedah FA. Dia jugak seorang EXCO atau Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yg dok jaga portfolio Pengerusi JK Kepenggunaan, Kos Sara Hidup dan Belia & Sukan. Dia jugak adalah ADUN Alor Mengkudu selepas Pilihanraya Negeri yang lepas.


Laporan Kewangan terakhir untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 ada dilampirkan di bawah ni. Pandai2 la baca sendiri. Kalau tak paham, jangan tanya YAB MB Nusi, dia tak tau apa. Dia cuma tolong baca.


Setakat ni dulu saya nak dedahkan hubungkait antara Kedah FA dan KDA FC. Hampa pandai2 la cari seniri hat lain. Nanti saya sambung pulak. 


Sapa2 tlg la habaq kat Presiden Kedah FA merangkap YAB MB Kedah pasai info2 ni. Mana la tau, dia lupa atau keliru atau pegawai2 dia tak/lupa habaq kat dia.


Sekian


#KedahSejahteraNikmatUntukSemua




No comments: