SULTAN JOHOR TITAH BERI ANWAR MASA





Perhatian rakyat Johor. Ini titah Duli Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Ta'zim. Ini bukan edit macam video Sanusi. Ini real punya. Boleh baca di https://ury1.com/AyNDH.


Sultan Ibrahim mahu DS Anwar diberi lebih masa bangunkan ekonomi kerana keadaan sangat teruk ketika beliau ambil alih kerajaan. Inilah punca PN nak cepat tebuk atap, sebelum Sultan Ibrahim jadi YDP Agong. Ada faham ke?


Kepada yang mempersoalkan kononnya DS Anwar tak buat apa dalam 8 bulan ni, Sultan sendiri hargai usaha DS Anwar membawa pelaburan masuk yang mana Johor dapat faedah terbesar.


Sultan Johor dikenali sebagai seorang yang sangat direct. Baginda tak suka berbasa-basi. Kalau bagus, cakap bagus. Kalau tak bagus, memang kena. Jadi bila Sultan Ibrahim bertitah begini, itu petanda DS Anwar memang baginda yakini.


Rakyat Johor, ayuh berikan sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan. Tolak mana-mana pihak yang cuba jatuhkan kerajaan yang ada ini. Jika Sultan Ibrahim meyakini DS Anwar, seharusnya kita juga turut bersama. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.