Negarawan itu menyatukan semua, tak kira bangsa dan agama. Dia takkan menunggang bangsanya untuk berkuasa. Tambah dengan niat memecah belah dan buat porak peranda. Hanya kerana Dia tak berkuasa semula.
Negarawan itu pikir masa depan. Kena pikirkan hutang negara, agar anak2 kita tak terbeban. Kena rombak sistem yang ada, agar rakyat bukan saja terima ikan, tetapi pandai gunakan joran.
Negarawan itu patutnya zuhud sekali, tidak merompak harta negeri. Keluarganya tak patut kaya tak terperi. Orang boleh persoalkan intergriti. Tambah pula nampak dia senang dengan menumpang kroni. Bila kita persoal, pentaksubnya pula suruh kita “pergi mati”.
Negarawan itu seharusnya membijakkan umat. Bukan membodohkan rakyat. Dia reform polisi pendidikan, supaya anak2 dan cucu2 kita lebih baik dan bijak. Dari generasi sebelumnya. Dia tak guna anak muda dan dumbdown mereka. Terutama dengan manipulasi isu kaum dan agama.
Negawaran itu tidak sepatutnya berlagak Bangsawan. Perlu lebih atas statusnya dari Agamawan. Kerana Malaysia ini negara berbilang bangsa dan agama. Kepentingan Negara itu lebih utama. Dia perlu menjaga semua.
Moga Allah kurniakan Malaysia, lebih banyak pemimpin bertaraf Negarawan. Agar barisan pemimpin kita dapat menjaga negara demi semua anak watan. Demi masa depan.
Kerana mereka tahu, hanya dengan memperkuatkan Negara, barulah usaha menegakkan agama, memperkasakan bangsa boleh berjaya.
Kalau tiada negara yang sejahtera, usaha untuk agama dan bangsa akan hilang makna.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Contoh Negarawan Indonesia dan kata pujangganya.