CERITA SEMALAM. ANWAR DAN RAKYAT KELANTAN.





Siang tadi, turut berlangsung program Jelajah Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Kelantan yang dihadiri Tengku Temenggong Kelantan, Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz.


Kerajaan Perpaduan ketika ini senantiasa cakna dan menghargai segala usaha para ulama’ serta umara’ dalam menyebarkan ilmu serta kefahaman Islam kepada masyarakat.

 

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Parlimen sebelum ini, saya telah pun mengumumkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM 1.5 bilion kepada pengurusan hal ehwal Islam sebagai bukti kesungguhan Kerajaan Perpaduan untuk memperkasa Islam dan umat Islam di Malaysia.


Di Kelantan, peruntukan bagi imbuhan imam seramai 1,170 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11,934,000.00 dan elaun Guru Takmir seramai 341 orang dengan peruntukan sebanyak RM3,682,800.00 telah pun disalurkan bagi suku kedua tahun ini.


Bayaran khas sebanyak RM600.00 secara “one-off” juga diteruskan lagi pada tahun 2023 ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan seramai 2,605 penerima yang melibatkan peruntukan RM1,563,000.00.


Selain itu, caruman Kerajaan sebanyak RM232.80 seorang bagi Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) PERKESO juga diteruskan lagi tahun 2023 ini kepada Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan seramai 2,605 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM606,444.00 setahun.


Jumlah keseluruhan peruntukan kewangan bagi Imam, Bilal, Siak dan Guru Takmir Negeri Kelantan bagi tahun ini adalah sebanyak RM17,543,331.20 yang melibatkan seramai 6,721 orang penerima.


Besar harapan saya agar semua pihak sama ada agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri akan terus bekerjasama erat dalam penganjuran Jelajah Madani pada kali ini demi kemaslahatan umat Islam.


#MalaysiaMADANI



No comments: