ANWAR DI MAJLIS PELUNCIRAN TESEN ECRL DI KOTA BHARU..KONTRAKTOR MELAYU DAPAT PROJEK.

 







Selesai Majlis Peluncuran Pembinaan Stesen Pertama ECRL di Tunjong, Kota Bharu yang merupakan titik permulaan bagi jajaran merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan berakhir di Pelabuhan Klang, Selangor.


Insha Allah, kewujudan ECRL kelak menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan di Kelantan selain didorong kerancakan projek lain di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, pembangunan Terminal Laut Bersepadu Bandar Maritim Tok Bali dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3.


Kerajaan Perpaduan juga sedar akan kepentingan penglibatan kepakaran dan tenaga kontraktor Bumiputera membabitkan projek berimpak tinggi. Justeru, sejumlah RM2.2 bilion atau 62% dari sasaran RM3.5 bilion kerja Sivil ECRL akan diberikan kepada subkontraktor dan pembekal Bumiputera. 


Pada masa sama, pemberian kontrak pakej kerja ‘Minor Works’ di sepanjang Jajaran Projek ECRL di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor turut akan diberikan kepada syarikat kontraktor Bumiputera G1, G2 dan G3.


Semoga pelaksanaan Projek ECRL ini berjalan lancar dan menepati jadual bagi mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang berkesan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan-kerajaan Negeri yang terlibat serta agensi-agensi berkenaan atas kerjasama erat dalam membangunkan Projek ECRL.


#MalaysiaMADANI


No comments: