SANUSI FITNAH APA LAGI ?

 

Ni nak habaq sikit pada menteri besar Kedah, hang merapu apa sampai kata Anwar pi Amerika...pi China bukan nak tarik pelabur tapi katanya kerajaan Malaysia janji pd US nak buat pusat tentera Amerika di Sabah ?

 

Wahai Nusi, sebelum Anwar pi ke negara luar cari pelabur asing dan memeterai persefahaman 2 negara, Wisma Putra & PMO akan hantar dulu wakil utk berunding. Sudah tentu negara2 asing itu juga punyai menteri luar & bhg ekonomi utk berbincang apa pula manfaat ekonomi utk mereka.

 

Sbg contoh pergi ke Indonesia, Jokowi dan menteri bincang hal amah, sempadan perairan, kos bawa masuk pekerja, beberapa pelaburan, bincang pemutihan pekerja haram yg hampir 6juta bekerja secara haram di Malaysia. 

 

Singapore pula, kita ambil pendirian dan cuba berunding isu Pulau Batu Putih, masalah trafik di sempadan Johor & Singapore dll.

 

Sebelum Anwar sampai, dgn maklumat dua hala...Malaysia dh tahu apa yg mereka nak tanya akan beberapa isu. Dari sini PM akan bincang dgn jabatan2 menteri masing2, kelak bila sampai...kita dh ada jawapan yg bertepatan.

 

Jadi bila kita inginkan pelaburan asing (FDI) utk melabur di Malaysia yg mampu buka peluang kerja kpd tempatan, kerajaan akan merangka lebih awal dan ada wakil yg akan berunding terlebih dahulu.  Akhirnya Tesla setuju, Amazon yg tahan pelaburan ketika Muhyiddin & Ismail Sabri memerintah, kini ambil keputusan utk melabur bawah pentadbiran Anwar. Banyak lg kekuatan pelaburan yg Malaysia cuba bawa masuk di bawah tangan sdra Anwar.

 

Tang mananya kerajaan Malaysia janji nak buka kem tentera US di Sabah ? 

 

Apa ingat YDP Agong & Raja-Raja Melayu tu bisu ka sampai benarkan nak buka kem tentera US di Sabah ? Tak fikir ka apa reaksi hubungan kerajaan Malaysia & China bila US buka kem tentera ? Apa pula kesan pd Filipina & Indonesia ? 

 

Cakap main lebong ikut sedap mulut ja sana sini. Bukannya cuba cari idea nak majukan ekonomi negeri. 

 

Kesalahan yg paling nyata dlm isu nak buat projek lapangan terbang, dia pi bincang dgn Syed Mokhtar & sykt dr asing utk melabur. Tidak ada usul ke kementerian pengangkutan, kajian fisibiliti, kos2 awal yg terpaksa di tanggung kerajaan, pemerolehan tanah. 

 

Dia main buat pelan model lapangan terbang ja tanpa landasan, lepastu minta kerajaan Malaysia lulus. 

 

Mcm mana rakyat Kedah buleh dapat MB mcm ni. Tu masing2 rakyat Kedah mula berkata, kesialan apa sampai air kopi keroh dr paip yg di alami oleh Kelantan, kini Kedah pula yg terima bahana. 

 

Rosak pemikiran Nusi ni. Main tibai asalkan buleh ja nak fitnah.

 

Gino Marvela.