LFL- BIAQ BETOI BADAN LAWYER NI.....

 



Dah kenapa LFL ni? Buat laporan polis pun zalim? Habis tu yang fitnah tu tak zalim? Paling kelakar dia kata tak mengikut undang-undang. Kalau begitu, macamana Mahiaddin boleh berhadapan hukuman penjara pula? https://bit.ly/3Tl3I7M.

LFL ni ada dendam peribadi kot dengan DS Anwar? Kalau saman, dikata koyak. Lapor polis dikatakan zalim pula. Sepatutnya LFL nasihatkan Mahiaddin tu supaya terima hakikat yang dia memang ada buat salah masa jadi PM dulu.

Sebagai peguam, apakah mereka dalam LFL ni rasa memfitnah itu tak salah? Kalau begitu rosak negara ini. Setiap orang boleh cakap apa je yang dia mahu tanpa pedulikan fakta dan kebenaran. Apakah LFL mahu fitnah membudaya di negara kita?

Setakat Mengkritik itu bukan masalah. Malah MP PH sendiri, YB Hassan Karim pun banyak kritik DS Anwar secara terbuka. Tapi DS Anwar tak usik pun walaupun di peringkat parti. Terbukti DS Anwar tak halang sesiapa pun kritik kerajaan.

Cuma kritik biarlah berfakta. Biar konstruktif. Bukan ikut nafsu dan reka cerita untuk pesongkan fakta, berbohong untuk selamatkan diri. Itu bukan setakat jahat malahan tak bermoral dan boleh menimbulkan

Cuma tindakan polis saja boleh selesai masalah pemfitnah begini. Sebelum ini DS Anwar telah pun sama Mahiaddin dalam isu Penasihat Ekonomi di mana Mahiaddin memfitnah DS Anwar terima upah sehingga RM15 juta.

Tapi Mahiaddin tak belajar. Mungkin juga dia fikir dia akan masuk penjara jadi saman begitu tak akan berkesan kepadanya. Jadi laporan polis beginilah sebagai jawapannya. Kerana dakwaan ini mampu tambah jumlah penjara yang bakal Mahiaddin hadapi nanti. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: