IKLAN P LA WALAU PRO BONO




KEADILAN akan menganjurkan Kongres Nasional Khas yang bertemakan Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisme. Kongres Khas ini akan diadakan pada 18 Mac 2023, Sabtu dari jam 9:00am sehingga 6:00pm bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

Kongres Khas ini akan dibarisi pembahas-pembahas dari setiap negeri yang akan membahaskan usaha-usaha pelaksanaan dan arah tuju Parti dalam menterjemah idealisme Malaysia Madani yang dibawa oleh Presiden KEADILAN Dato Seri Anwar Ibrahim selain menyentuh isu-isu politik semasa dan arah tuju kerjasama politik KEADILAN terkait pelaksanaan Pilihanraya Negeri.

Justeru setiap anggota dan penyokong KEADILAN dijemput hadir ke Kongres Nasional Khas dengan mendaftar di pautan berikut:

http://t2u.asia/e/30089

Selamat berkongres!

 

No comments: