NERATIF MELAYU TENTANG KHABAR ANGIN TEBUK ATAP

 



LIYANA MARZUKI


TEBUK ATAP 2.0


Beberapa  hari  yang lepas, saya dapat tip off. Gerakan nak tumbangkan Kerajaan sedang berlangsung. Maklumat yang nak disampaikan:

1. PN sedang memujuk GPS tinggalkan Kerajaan Perpaduan. Sehingga sanggup offer seat PM pada mereka.

2. Bila GPS bersetuju, GRS bawah Hajiji akan ikut sama. Dapatlah mereka bersama perintah negara.

Kalaupun GPS dan GRS bagi sokongan kepada PN, still nombor tak cukup nak tubuhkan Kerajaan.

PH dan BN secara bersendirian dah dapat majoriti mudah 112 kerusi. Walau takde kerusi Parti lain.

Makanya, saya dimaklumkan ada gerakan dalam UMNO yang digerakkan oleh 2 orang pemimpin, akan bawak keluar 10 orang UMNO dan sokong PN.

Itu maklumat yang saya dapat.

Kalau diteliti benda ni sukar nak jadi. Kerana:

1. Kalau 10 MP UMNO sokong PN, dia dah kira lompat parti. Kena kosongkan kerusi. Takkan la nak buat PRK 10 tempat sekali. Memang Rakyat akan marah mereka ini.

2. Semua sokongan kepada PM perlu en bloc. Yakni secara bersekali mengikut kepala parti. Tak boleh macam dulu lagi.

Pada saya, GPS pun pikir 2-3 kali nak terima. Kalau tak jadi, habis meranap rakyat marahkan mereka. Tambah ada PAS di situ, yang ramai rakyat Sarawak tak selesa dengan kempen mereka sebelum PRU.

So kalau tanya saya memang Tebuk Atap 2.0 susah nak berlaku.

***************************************************

Tup tup semalam, Ayoh Chik kita, dengan confidentnya cakap Kerajaan ini akan tumbang dalam masa terdekat. Mana datang jumlohnya, kita pun naik heran.

Yang saya boleh jangka, ini semua propaganda mereka. Nak takutkan pegawai awam yang sedang jalankan tugas menyiasat pemimpin PN. Nak tunjuk mereka boleh berkuasa semula.

Sesungguhnya kuasa itu penuh nikmat. Ia memabukkan. Hilang kuasa 3 bulan, lepas berkuasa sekejap 33 bulan. Mereka dah kepanasan.

Adakah saya rasa Kerajaan ini sempurna? Tidak juga. Ramai termasuk saya pun belasah mereka. Tapi untuk rakyat dan negara, kita tak boleh biar negara tak stabil kerana politik sekali lagi. Tambah penat PRU hari tu pun tak habis lagi. Baru lepas 100 hari.

Pemimpin hauk mana yang tamak nak runtuhkan Kerajaan, hanya dalam masa 3 bulan. Adakah kerana banyak lagi kes yang akan ke Mahkamah, mereka makin kepanasan?

Kita nak pemimpin wibawa untuk pimpin negara. Yang kita dapat skandal Jana Wibawa. Tunggu la 5 tahun, boleh cuba semula.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

No comments: