Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 03/23
( 1 - 24 )
1.
"Bukanke you guru dan sifu saya"
itu kata -
kata manis Zahid Hamidi , Presiden UMNO sewaktu
perbualan telefon SELEPAS Persidangan Agung
UMNO atau PAU dan SEBELUM Anwar
dilantik sebagai Perdana Menteri ke10 atau
PMX
2. Perbualan
tersebut membuktikan Zahid lansung tidak
peduli keputusan PAU yang tolak Anwar , PH
dan DAP
3. Walaupun pada
mulanya dinafikan tapi akhirnya mereka
TERPAKSA mengaku perbualan tersebut
4.
"WALLAHI
WABILLAHI
WATATLLAHI"
tanpa
mengambil kira apa yang berlaku terhadap
Najib yang rajin bersumpah dengan nama
ALLAH , Zahid juga menggambil jalan sama
bagi tujuan menyakinkan beberapa Ahli
Parlimen UMNO bahawa beliau TIDAK akan
menyokong Anwar sebagai PMX dan tidak akan
bekerjasama dengan DAP
5. Oleh
kerana telah TIDAK MENGHORMATI
keputusan PAU dan lebih serius
SANGGUP BERBOHONG dengan menggunakan nama
ALLAH SWT , jika UMNO maseh mahu kekal
'relevan' dan disokong rakyat khasnya orang
Melayu maka UMNO misti berani menggambil
tindakan luarbiasa dengan MENDISIPLIN malah
MEMECAT beliau sebagai Presiden PARTI
7. Bagi
mendapatkan sokongan Wakil - Wakil Rakyat UMNO
Zahid menggambil kesempatan dengan alasan sebagai
Presiden Parti Anwar tidak ada pilihan melainkan
melantik beliau sebagai salah seorang
Timbalan Perdana Menteri
8.
Jika Fadillah Yusof dari Sarawak yang
BUKAN Presiden Parti BOLEH dilantik juga sebagai
Timbalan PMX maka sudah terbukti Zahid lebih
pentingkan diri dari memberi keutamaan
kepada Anwar
9. Menjelang
PRU 15 yang
baru berlangsung saya telah memberitahu seorang
pemimpin UMNO yang kini berjawatan Menteri
bahawa UMNO akan hanya perolehi 30 Kerusi
Parlimen jika ia diterajui Zahid dan Najib
10. Ahli -
Ahli UMNO perlu sedar , Najib TERPAKSA
melepaskan jawatan Presiden UMNO dan Pengurusi BN
kerana hanya berjaya memperolehi 73 Kerusi
Parlimen sedangkan UMNO dibawah pimpinan Zahid
hanya perolehi 26 Kerusi sahaja
11. Wan
Saiful melepaskan jawatan Ketua Penerangan
BERSATU setelah dituduh rasuah atas prinsip TIDAK mahu
melibatkan Parti sedangan kan Zahid pula
yang dalam perbicaraan maseh bergayut dengan
harapan sebagai Presiden UMNO dan sebagai
TPM beliau akan dibantu oleh PMX dan
SPRM MELEPASKAN diri dari dipenjara
12.
Pengakuan Zahid semasa ditemurah TV
Indonesia bahawa ibu bapa beliau dari Ponorogo , dan
beliau 'BALIK KAMPUNG' di Indonesia membuat
ramai tertanya - tanya apakah UMNO sudah
ketandusan pemimpin yang berwibawa seperti Tengku
Razaleigh Hamzah atau majoriti Perwakilan
ketika itu seperti ular sawa yang kenyang akibat
terlebih makan 'dedak'
13. Usaha
Anwar memerangi rasuah , penyelewangan kuasa dan
ketirisan bukan sahaja perlu diberi
pujian malah perlu disokong namun usaha
murni tersebut mungkin tidak dapat dilaksanakan
sepenuhnuya kerana orang dibawah dagunya
sedang dibicarkan dengan 47 pertuduhan di Mahkamah
14. Bolehke
seorang Timbalan Perdana Menteri meggunakan 'outrider'
, kereta peronda polis dan pegawal pengawal
ke Mahkamah dan berhadapan dengan Hakim didalam kandang
15. Di dunia
ini hanya di Malaysia saja terdapat
Timbalan Perdana Menteri memohon Mahkamah
memulangkan Pasport Antarabangsa nya bagi tujuan tertentu
TAPI permintaan tersebut ditolak
16. Jika
Mahkamah membenarkan permohonan tersebut , Mahkamah
juga harus bersikap adil kepada mereka
yang berada didalam situasi sama
17. Cuba
bayangkan jika Anwar ditimpa kemalangan
serius atau meninggal dunia maka sudah tentu Malaysia
akan dipimpin seorang penjenayah dan kaki pukul
18. Ingatkah
peristiwa dimana Zahid terlibat bukan sahaja mencedera
malah hampir menanam hidup - hidup Amir Bazli Abdullah
dari Kelantan , kekasih anak beliau Nurul Hidayah
yang kebetulan seorang janda ketika itu
19. Pepatah
Cina ada menyebut :
NANG BO
TI NANG
KUI BO
TI KUI
yang membawa
maksud
MANUSIA BUKAN
HANTU PUN
BUKAN
ini lah
gambaran sebenar Zahid Hamidi , Presiden
UMNO
20.
UMNO misti BERANI BERTINDAK dari
sekarang lagi dengan membuat pembersihan dari
atas hingga ke peringkat cawangan jika
ianya mahu di percayai :
IKAN ITU
BUSUK
BERMULA DARI
KEPALANYA
22. UMNO
juga harus kikis sikap 'SINDROM PENAFIAN'
atau 'DENIAL SYNDROME' dan misti terima
pandangan yang berbeza
23. MAJORITI
PERWAKILAN HARUS DIPERSALAHKAN KERANA
MEMILIH ORANG SEBEGINI SEBAGAI PEMIMPIN ;
BAGI MENGISI PERUT MEREKA SANGGUP MENJUAL MARUH
DIRI
24. Jika
Tuhan pun sanggup ditipu , ini kan pula Ahli -
Ahli UMNO
Wassalam
Terima Kasih