STRATEGI “LOSS LEADER”

 

ADRIAN LIM CHEE ANN




Terbaca tulisan sesetengah pihak yang membuat kos analisis betapa merugikannya Menu RAHMAH terhadap peniaga.

Jadi saya kongsi sedikit Menu RAHMAH berdasarkan sudut Islamik dan juga sudut bukan Islamik pun, kerana kedua-dua sudut mempunyai titik persamaan.

Dari sudut Islamik ada yang menyebut Menu RAHMAH seperti membuat sedekah. Membuat sedekah sebab penjualan Menu RAHMAH tidak menguntungkan.

Tetapi membuat sedekah akan adanya berkat di kemudian hari. Mungkin dari segi keuntungan di lain hari ke melalui cara berbeza lah kan?

Dari sudut bukan Islamik pula, ada yang menganggap ini strategi “Loss Leader”. Produk Menu RAHMAH ini tidak menguntungkan atau kadangkalanya merugikan. Sebab itu dipanggil “Loss Leader (Ketua Kerugian)”.

Tetapi “Loss Leader” ini berpotensi dan berupaya membawa keuntungan kerana pelanggan yang melanggan akan berbelanja untuk produk-produk lain.

Kalau dilihat sekitar Lembah Klang, beberapa jenama rangkaian pub (tempat minum arak) membuat strategi “Loss Leader”.

Arak beer yang dijual itu sangat murah berbanding kelab malam atau pesaing lain. Mungkin ke tahap tidak menguntungkan ataupun merugikan.

Tetapi apabila pelanggan non-Muslim minum beer, depa pun makan pasta, chicken wings, chicken chop, nasi lemak dan sebagainya.

Dari makanan tu lah peniaga menjana keuntungan.

Meskipun arak beer itu tidak menguntungkan peniaga, tetapi peniaga meraih keuntungan dari produk-produk lain.

Baik.

Walaun kata pub bukan contoh baik. Sbb arak.

Takpe lah. Maka kita lihat pasar raya seperti Mydin dan AEON. Berapa sen je keuntungan Menu RAHMAH sebenarnya.

Tetapi strategi “Loss Leader” seumpama digunapakai. Pelanggan makan (pasar raya tak untung), tetapi pelanggan akan membeli kegunaan seharian (pasar raya untung) seperti beras, minyak masak, pampers, buah-buahan, keropok dan sebagainya.

McD, KFC dan sebagainya pun praktikkan strategi “Loss Leader” di mana Menu RAHMAH tidak menjana keuntungan. Tetapi tidak apa. Pelanggan akan membeli juga benda2 lain.

Ada juga yang kata mereka mampu sebab mereka syarikat gergasi. Jadi perniagaan kecil-kecilan macam mana?

Sebenarnya ini bukan masalah perniagaan kecil ke besar. Perniagaan besar ke kecil itu ialah hasil. The end result.

Punca kepada hasil itu ialah mentaliti.

Perniagaan-perniagaan yang besar seperti Mydin, AEON, McD, KFC dan sebagainya berjaya bukan kerana mereka besar.

Mereka berjaya kerana mentaliti mereka betul sejak awal. Yang kita nampak betapa gahnya mereka pada hari ini ialah hasil kepada mentaliti yang betul sejak puluhan tahun yang lalu.

Sekiranya bos Mydin, bos AEON, bos McD, bos KFC tidak mempunyai mentaliti yang betul, takde lah Mydin, AEON, McD dan KFC pada hari ini.

Tetapi mentaliti mereka betul, maka wujudlah kejayaan yang kita nampak pada hari ini.

Semoga bermanfaat. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada para peniaga dan pengusaha kecil-kecilan yang tekun dan gigih ke arah kejayaan.