4 pemimpin PAS didekati supaya bertanding atas tiket BN, kata sumber.
PETALING JAYA: Empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15, menurut sumber.
Mereka dicadang bertanding di empat kerusi Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa dan Tumpat di Kelantan, Shah Alam di Selangor, dan Indera Mahkota di Pahang.
Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, cadangan dibuat atas dasar mengekalkan ‘semangat Muafakat Nasional’.
“…kerusi itu juga dikira sebagai kerusi Muafakat Nasional,” katanya kepada FMT.
Perkembangan ini menyusuli khabar angin membabitkan beberapa pemimpin PAS yang dikatakan tidak akan bertanding pada PRU15.
FMT sedang mendapatkan komen empat pemimpin PAS itu.